,
Laman Utama

"Mereka Tak Boleh 'Loud' Seperti Yang 'Sebelah' Sana Kerana..." - Isu Rumah Tangga, Puteri Sarah Dedah Sebab Keluarga Berdiam Diri Di Media Sosial

Syafiqah Jalal
17/01/2023
04:04 MYT
Isteri pertama Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana akui ada sebab mengapa selama ini keluarganya berdiam diri seolah-olah nampak seperti tidak memberi sokongan kepadanya ketika berlaku kemelut rumah tangga.
Menurut Puteri Sarah, 38, adik beradiknya berprofesyen tinggi dan tidak boleh terlalu lantang untuk bersuara terutama di media sosial.
"Selama ini orang tertanya tanya ke mana pergi keluarga saya dan kenapa mereka tidak kehadapan untuk menyokong saya.
"Sebenarnya mereka sentiasa membantu dan beri sokongan kepada saya di belakang cuma mereka masing masing ada kerjaya sendiri malah seorang penjawat awam.
"Macam adik saya yang hadir pada hari ini dia seorang doktor tak akan dia nak lantang berkata kata dengan profesyen dia begitu.
"Jadi mereka tak boleh terlalu 'loud' (di media sosial) seperti yang 'sebelah' (keluarga madunya Ira Kazar) sana oleh kerana profesyen mereka.
"Tapi apa-apa pun saya bangga kerana harini ini mereka datang temani saya," katanya kepada Gempak.
Puteri Sarah ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang ditemani oleh dua orang adiknya iaitu Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran.
Baru baru ini dilaporkan kakak kepada Ira Kazar menerusi akaun Twitter miliknya telah menulis di ciapannya seolah olah menyindir Puteri Sarah. Selepas diserang netizen, akaun berkenaan telah pun dinyah aktifkan. Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberi
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberi komen mengenai ibu mentanya, Datin Patimah yang sering meluahkan rasa sedih terhadap anakya sendiri Syamsul selepas mengaku bernikah dengan Ira Kazar di Thailand baru baru ini.
"Saya faham perasaan ibu mentua saya ketika ini. Memang dia tak puas hati dan sedih dengan apa yang berlaku.
"Saya juga nak jelaskan di sini, orang luar tidak tahu apa yang terjadi sehingga dia bertindak meluahkan ketidakpuasan hatinya yang mendapat kecaman dan hentaman teruk daripada orang ramai.
"Ada sebab kenapa dia jadi begitu. Hanya saya, pihak di sebelah sana dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) saja tahu," jelasnya.
Justeru, Puteri Sarah berharap netizen atau pihak luar tidak sewenang -wenangnya mengecam tindakan yang dilakukan Patimah dalam menegur anaknya.
"Tiada orang yang tiba-tiba nak 'melantun' (mengamuk) atau 'meroyan' tapa sebab. Mesti ada sebab kenapa dia dan sava jadi begini.
"Jadi sebelum anda kecam, cari dulu punca kenapa kami jadi begini seta kenapa saya berdiri di sini (berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk permohonan tuntutan cerai). Bukan saya suka-suka atau tiba-tiba ke pejabat agama sebelum ini," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.