,
Hiburan

"Mereka Sudah Pun Berbincang Dengan Ahli Keluarga .." - Ini Penjelasan Astro Mengenai Kejutan Lamaran Kamal Adli Buat Uqasha Senrose

Zulaikha Yusof
21/12/2020
14:09 MYT
Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad tampil menjelaskan tentang kejutan lamaran yang dibuat pelakon Kamal Adli untuk Uqasha Senrose di Anugerah MeleTOP Era (AME2020), semalam.
Kata Raqim, dia tidak boleh memberi komen bagi pihak Kamal tetapi apa yang boleh dikongsikan adalah ahli keluarga sudah mengetahui tentang plan tersebut.
"Saya tidak boleh memberikan komen bagi pihak Kamal secara terperinci.
"Akan tetapi apa yang boleh saya kongsi adalah mereka dah berbincang dengan ahli keluarga masing-masing terlebih dahulu.
"Itulah perkara yang paling penting apabila mereka menyatakan hasrat melakukan lamaran tersebut. Paling penting dapatkan dahulu restu ahli keluarga," katanya.
Tambahnya lagi, dia mencadangkan kepada Kamal untuk berkongsi momen manis itu pada malam AME 2020.
"Jadi apabila Kamal mencari platform sesuai untuk berkongsi tentang hubungan mereka ke arah yang lebih serius, kami cadang mengapa tidak di AME yang akan datang.
"Di situ platform yang boleh berkongsi berita itu bersama peminat," katanya lagi.
Semalam, Kamal dan Uqasha mengakhiri spekulasi hubungan asmara mereka apabila aktor itu membuat kejutan dengan melamar aktres itu untuk berkahwin.
BACA: Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose Di AME 2020, Uqasha: "Yes"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Kami, 11 Tahun Kemudian…”

gempak
07/09/2024
10:25 MYT
Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.