gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bapa Kepada Pengusaha Jenama Bulan Bintang Meninggal Dunia
VIRAL
Abang Arwah Nurly Maklum Keluarga Tidak Akan Terima Tetamu Lagi - “Beri Ruang Ibu Bapa Rehat”
BERITA
Mahkamah Jerman Putuskan Coklat Dubai Mesti Asal Dari Dubai
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Mereka Nak Saya Tutup Kedai Ke?" - Kieda Crepe Tak Sangka Video Herpes Jejaskan Bisnes

Amri Hassan
Amri Hassan
28/06/2025
21:57 MYT
Sponsor Banner
"Mereka Nak Saya Tutup Kedai Ke?" - Kieda Crepe Tak Sangka Video Herpes Jejaskan Bisnes
Pempengaruh media sosial dan usahawan popular, Kieda Crepe, akhirnya membuka mulut mengenai impak besar yang diterima selepas tularnya video kontroversi berkaitan isu jangkitan Herpes yang dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini.
Menurut Kieda atau nama sebenarnya Khalieda Yusra, kontroversi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada reputasi peribadinya, malah turut menjejaskan perniagaan yang diusahakan bersama pasukannya.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Kieda meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila perniagaannya kini terkesan walaupun dia sudah berusaha memperbaiki keadaan.

“Bila dah jadi macam ini, jujur saya cakap sangat terkesan (perniagaan) saya. Makanan vendor semuanya terkesan.

"Sebab itu saya kata pada Amy (suami) yang mungkin saya ini tidak cukup baik untuk bantu orang serta memperjuangkan apa yang saya lakukan sekarang ini.
"Pengakhirannya bagaimana? Mereka nak saya tutup kedai ke ya sebab saya dah minta maaf dan dah buat semua benda.
"Sehari dua ini memang memberikan kesan yang teruk sangat kepada bisnes saya," katanya.
Dalam masa yang sama, Kieda turut menyuarakan kebimbangan terhadap nasib para vendor yang menjual produk makanan di premisnya kerana mereka turut terpalit kesannya.
Menjelaskan lebih lanjut, Kieda berkata tujuan asal dia memuat naik video berkenaan adalah sekadar untuk berkongsi sisi kehidupannya kepada umum, tanpa menyangka ia akan mencetuskan kontroversi.
"Saya ‘post’ video itu, tujuannya adalah untuk kehidupan saya.
"Tapi saya lupa saya ini ‘influencer’ yang menjadi tumpuan ramai orang.
"Saya tak tahulah saya ini ‘influencer’ ke artis. Saya hanyalah peniaga tapi kalau saya peniaga, saya tak akan jadi tumpuan sampai macam ini sekali," tambahnya.
Kieda yang juga ibu kepada dua anak itu turut memaklumkan bahawa dia menerima segala teguran yang diberikan dan berjanji akan berusaha memperbaiki diri pada masa akan datang.
Kontroversi bermula dengan gurauan sensitif Terdahulu, Kieda mencetuskan reaksi pelbagai apabila berkongsi secara berseloroh bahawa jangkitan Herpes yang dialaminya berpunca daripada tahap kebersihan alat sulit suaminya, Hilmi Zaki.
Kenyataan tersebut mengundang kecaman hebat daripada netizen yang menganggap ia tidak sesuai dikongsi secara terbuka. Bagaimanapun, Hilmi kemudian tampil mempertahankan isterinya dengan menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah sekadar gurauan dan kandungan semata-mata.
Susulan kontroversi tersebut, Kieda telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengikutnya pada hari Rabu, dan berharap agar semua pihak memberikan ruang untuknya memperbaiki kesilapan.
Topic Berkaitan
#Viral
#Bisnes
#Kieda Crepe
#Herpes
#Hilmi Zaki
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement