,
Laman Utama

Meow! Suruh Ratu Cantik India Buat Bunyi Kucing Di Pentas Miss Universe 2021, Steve Harvey Dikecam Netizen

Amri Hassan
14/12/2021
05:55 MYT
Permintaan hos Miss Universe 2021, Steve Harvey yang meminta wakil negara India, Harnaaz Sandhu membuat bunyi kucing mendapat kecaman hebat dari netizen.
Harvey yang memanggil 16 finalis Miss Universe 2021 ke tengah-tengah pentas untuk memperkenalkan diri masing-masing secara tiba-tiba meminta Sandhu menunjukkan kemahiran yang tidak diketahui ramai.
Malangnya, Harvey meminta Sandhu untuk mengajuk bunyi haiwan bagi membuktikan kemampuan ratu cantik itu.
"Saya dengar anda juga mampu meniru suara haiwan, mari kita dengar," katanya ketika siaran langsung.
Sandhu, 21, yang terkejut dengan permintaan itu dengan segan-silu terpaksa menurut sahaja permintaan Harvey.
"Ya Tuhan, Steve, saya harap tidak melakukannya di pentas dunia. Tapi saya tiada pilihan lain... Bersiap sedia semuanya. Meow... Meow... Meoww," kata Sandhu sambil meniru suara kucing.
Ramai yang hairan apabila setibanya giliran Sandhu, gadis itu diminta untuk berjenaka walhal finalis lain diberikan peluang memperkenalkan diri dengan lebih intelektual.
Sebagai contoh, Miss Panama, Brenda Smith diberikan kesempatan untuk berbicara mengenai peranannya di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) manakala Miss Great Britain, Emma Colingride berbicara tentang perjuangan melawan gender bias.
Hal itu disuarakan netizen di media sosial, mengeluh dengan tindakan Harvey melakukan sedemikian kepada Sandhu.
"Miss India diminta membuat bunyi haiwan bukan perkara yang saya harap pada acara kali ini. Jelas sekali ia perlu diberikan soalan yang lebih baik. "Soalan merepek apa tu? Miss India ada banyak hal lain yang boleh dibicarakan," luah beberapa pengguna di alam maya.
Sandhu yang dijulang sebagai Miss Universe 2021 merupakan aktivis wanita selain membantu ibunya mendidik masyarakat setempat tentang kepentingan kesihatan dan kebersihan wanita.
Dalam masa sama, dua buah filem lakonan Sandhu bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Sandhu telah menamatkan kemarau 21 tahun apabila memenangi mahkota rebutan ramai Miss Universe 2021 mengalahkan 80 delegasi negara lain.
Pada acara sama, tempat kedua dimenangi oleh Miss Paraguay, Nadia Ferreira dan ketiga pula jatuh kepada Miss Afrika Selatan, Lalela Mswane.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.