,
Hiburan

"Menyanyi Boleh Takkan Azan Tak Boleh…" - Hady Mirza Perjelas Video Viral Laungan Azan

Hanafis Haris
03/01/2020
10:19 MYT
Beberapa minggu lalu, viral sepotong rakaman video memaparkan juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Hady Mirza melaungkan azan di sebuah acara dipercayai di Singapura .
Melaungkan azan dengan cukup merdu dan mendayu, kebolehan Hady Mirza itu mendapat pujian ramai.
BACA: "MasyaAllah Syahdunya Mendayu-Dayu!" - Netizen Puji Kemerduan Suara Hady Mirza Laung Azan, Minta Rakamkan Takbir Raya 2020
Menjelaskan lebih lanjut, Hady Mirza memberitahu video berkenaan sebenarnya dirakam pada satu majlis di Singapura penghujung 2018.
Menurutnya, menjadi kebiasaan jika di Singapura, ramai akan memintanya melaungkan azan sebelum acara bermula.
"Setiap kali ada acara di Singapura, mesti ada yang minta saya azan. Sejujurnya memang saya selesa untuk melaungkan azan kerana sekurang-kurangnya kerinduan saya pada azan di Makkah dan Madinah terubat.
"Saya dah buat umrah lebih empat hingga lima kali, jadi bila dengar saja azan di tanah suci sebagai pemuzik alunan azan itu akan meresap. Bila saya azan, pada masa sama kita akan dapat pahala jadi tak rugi pun," katanya.
Ditanya sama ada dia pernah bersekolah agama yang khusus, Hady menjelaskan dia banyak memperlajari ilmu agama daripada rakan-rakan ustaznya.
"Ilmu agama itu tidaklah banyak, saya biasa-biasa saja. Cuma saya banyak berkawan dan bercampur dengan ustaz-ustaz.
"Adalah belajar sikit, kalau kita mengaji tu tahulah taranum atau dengung tu dekat mana. Sebagai pemuzik, kita boleh tiru satu-satu nada tu.
"Saya tiru azan di Makkah dan Madinah tidaklah sempurna mana tapi saya akan kasi sehabis baik. Takkan menyanyi boleh buat bagus, azan tak boleh kasi 100 peratus kan?," katanya.
Hady ditemui pada konsert ‘Picnic In The Farm’ yang berlangsung dengan penuh meriah di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia (UPM), 28 Disember lalu.
Konsert itu turut diserikan dengan persembahan daripada juara GV6, Hady Mirza dan Naqiu Boboy serta beberapa bintang lain termasuk One Nation Emcees, Nurfatimah, Jatt, Sham Visa, Wann dan Noorshila Amin.
BACA: Bikin Konsert ‘Picnic In The Farm’ Sebelah Ladang Lembu, Farm Fresh Cipta Sejarah Tersendiri!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suruh Berhenti Bercakap, Bapa Mek Yun Dipuji Netizen Sebab Hormat Laungan Azan - “MasyaAllah Terbaiklah Pok”

gempak
09/07/2024
02:50 MYT
Pempengaruh yang dikenali kerana petah berbahasa Melayu dalam dialek Kelantan, Mek Yun sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan konten yang dimuat naik.
Berita

Masjid Di Kajang Laung Azan 4 Minit Awal, Penduduk Yang Dengar Wajib Ganti Puasa

gempak
31/03/2024
14:44 MYT
Isu masjid melaungkan azan Maghrib yang juga menjadi panduan umat Islam berbuka puasa lebih awal nampaknya berulang lagi untuk Ramadan tahun ini.
Terkini

TMSMY4 (RECAP): Markah Penuh Konsert Minggu Keenam! Abang Jagung Berputih Mata Tersingkir

gempak
22/01/2024
01:55 MYT
Markah penuh minggu keenam
Laman Utama

Laungan Azan Kini Boleh Diperdengarkan Di Bandar Raya New York

gempak
31/08/2023
07:25 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

8 Jam Kebakaran Wisma Jakel Tak Berjaya Dipadam, Anggota Bomba Laungkan Azan - "Angin Kuat Ditambah Pula..."

gempak
02/01/2023
08:51 MYT
Allahuakbar!