,
Laman Utama

“Menyampah Betul! You Jangan Nak Back Up Eh”- Caprice Pasrah, Isteri Membebel Isu Abang Tesla

Mya Amri
22/08/2023
09:50 MYT
Isu yang sedang hangat di Malaysia mengenai abang Tesla membuatkan ramai para wanita sakit hati termasuklah isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis.
Ragam Farra atau lebih mesra dengan panggilan Elis itu dikongsi Caprice menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Video itu merakamkan Elis meluahkan rasa geram apabila Caprice yang mengulas isu tersebut berpendapat terpulang kepada seorang suami untuk berkahwin lagi tetapi tidak perlu dijadikan konten di media sosial.
Disebabkan ulasannya itu, Elis mengambil bantal dan membaling ke arah suaminya tanda tidak setuju.
“Terpulanglah? You jangan nak back up eh tajuk tajuk macam ni, I tak suka. Lebih lebih pula. Lelaki ni kalau nak cakap pasal poligami, ikut sunnah Nabi tapi baca Al-Fatihah pun tak betul lagi.
“Lepas tu asyik asyik nak guna beras kita beli, habis tu siapa yang masak nasi tu? Beras tu boleh sumbat dalam perut tu ke? Kenyang ke?
“Menyampah betul! You jangan eh nak back up back up. Tak suka betul lah. Memang lelaki dekat atas muka bumi ni rasa hebat eh kalau boleh kahwin ramai?,” ujarnya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Elis memarahi Caprice.
Malah mereka juga bergurau dengan menyatakan Elis menjadi wakil kepada seluruh wanita yang sedang berasa geram dengan isu tersebut.
Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.
BACA: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”
BACA: Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki
Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Hiburan

“Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

gempak
02/09/2024
23:55 MYT
Enggan memanjangkan isu, pempengaruh Abang Tesla merayu kepada orang ramai agar berhenti ‘menyerang’ kedua-dua isterinya dengan kata-kata negatif.
Viral

Dituduh Tak Jaga Isteri Pertama Selepas Keguguran, Abang Tesla Nak Saman Kieda Crepe? - “Jangan Nak Terpaling Suami Awak Seorang…”

gempak
02/09/2024
07:25 MYT
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe mendakwa Abang Tesla tidak menjaga isteri pertamanya iaitu Nurmajdina Jamari ketika sedang berpantang selepas mengalami keguguran.
Hiburan

Isteri Kedua Didakwa Mahu Bolot Harta, Ini Respons Abang Tesla - “Saya Dah Sorokkan Kelahiran Anak..”

gempak
02/09/2024
03:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Abang Tesla menggesa semua pihak agar berhenti menabur fitnah terhadap isteri keduanya yang didakwa mahu membolot harta selepas melahirkan anak sulungnya.