,
Laman Utama

Menuju Endemik! 100 Peratus Dewasa Disasarkan Lengkap Dua Dos Vaksin  Pada...

Gempak
09/09/2021
23:30 MYT

Kerajaan yakin 80 peratus populasi dewasa dijangka lengkap menerima dua dos menjelang hujung September ini.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, keyakinan itu disandarkan selepas 70 peratus populasi dewasa ketika ini telah lengkap dua dos vaksin.
"Pada 7 September, lebih 20 juta rakyat atau 89 peratus populasi dewasa telah menerima dos pertama vaksin. Ini termasuk 16 juta atau 70 peratus yang telah lengkap dua dos vaksin.
"Insya-Allah kita akan dapat mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin pada hujung September ini, 100 peratus pula pada hujung Oktober," katanya.
Justeru, jika sasaran itu berjaya dicapai jelas Tengku Zafrul, rakyat akan mula hidup dengan COVID-19 dalam fasa endemik.
Dari sudut keberhasilan usaha kerajaan pula katanya telah membuahkan hasil apabila jumlah pesakit dimasukkan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin menurun.
"Ini yang berlaku di negeri populasi dewasanya telah mencapai 60 peratus lengkap dua dos vaksin.
"Seperti di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti dimaklumkan akan beralih ke fasa 2 PPN pada 10 September ini.
"Ia membolehkan pembukaan semula aktiviti ekonomi sekali gus memacu pemulihan ekonomi negara," katanya lagi.
Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media mengumumkan Lembah Kelang akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September.
Keputusan itu dibuat setelah penilian risiko dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara dibenarkan, rentas daerah di Lembah Kelang, aktiviti sukan terbuka dan tertutup kecuali gimnasium. Serta pelancongan dalam negeri juga dibenarkan kepada individu yang lengkap divaksinasi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.