Hiburan
"Menjerit-Jerit Depan Rumah" - Lelaki Tak Siuman Tunjuk Kemaluan Datang Lagi, Buat Onar Depan Rumah Siti
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terkejut apabila lelaki kurang siuman yang pernah menunjukkan kemaluan di hadapan kediamannya lima tahun dahulu kembali membuat onar pada Khamis.
Menerusi kemas kini Instagram Stories Siti, beliau memaklumkan lelaki itu bertindak menjerit-jerit di hadapan rumahnya siang tadi.
"Tolong! Macam mana nak buat! Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di rumah saya dulu dah pernah masuk penjara dan surat khabar, kini menjelma kembali.
"Serba salah jadinya... Menjerit-jerit depan rumah," kata Siti.
Sekitar tahun 2015 Siti berdepan detik trauma apabila seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah.
Pernah beberapa kali datang ke rumah pelantun lagu Anta Permana itu, lelaki berusia 49 tahun ketika itu bagaimanapun dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas didapati bersalah.
Gempak cuba mendapatkan komen lanjut dari pihak Siti sendiri.
Must-Watch Video