,
Laman Utama

Menitiskan Air Mata Kesyukuran, Shahir AF Selamat Bergelar Suami Jaskin Dengan Hanya Sekali Lafaz

Syafiqah Jalal
02/09/2022
13:48 MYT
Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi Shahir AF selamat diijabkabulkan dengan Jaskin Jaludin, 30, yang berlangsung di Dewan Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang Jaya, Selangor tepat jam 9.10 malam.
Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa perempuan Jaludin Nongche yang disaksikan oleh jurunikah Muhammad Hakimi Mustapai.
Pengantin perempuan yang berasal dari Sabah telah menerima RM300 sebagai mas kahwin dan wang hantaran sebanyak RM20,000 daripada pihak Shahir atau nama penuhnya Ahmad Shahir Zawawi, 34.
Selain itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan dan turut dibalas dengan tujuh dulang oleh pihak Jaskin.
Pelantun lagu Dia Yang Kau Pilih itu yang ditemui Gempak mengalirkan air mata kesyukuran kerana bersyukur akhirnya akad nikahnya berjalan lancar.
“Alhamdulilah syukur akhirnya semua berjalan lancar seperti yang kami rancangkan,” katanya kepada Gempak yang ditemui ketika majlis akad berkenaan.
Pasangan itu berkenalan pada Mei sebelum bertunang pada Julai lalu di kediaman Jaskin di Tawau, Sabah.
Shahir dan Jaskin berkenalan dan mengenali antara satu sama lain selama empat bulan sebelum mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi keesokkan harinya di lokasi yang sama. Ia bakal dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.