,
Laman Utama

Mengaku Rukun Iman Longgar, Selebriti TikTok Islam Makan Kulit B*bi

Shahrin Zulkifle
16/03/2023
14:00 MYT
Seorang selebriti TikTok Islam menjadi buat mulut dan dikecam teruk kerana mempamerkan konten dirinya tidak segan memakan kulit babi di sebuah restoran.
Selebriti TikTok tersebut, Lina Mukerji yang menggunakan akaun @lilumukerji dilihat telah memesan nasi dengan lauk daging dan kulit babi goreng. Lina diketahui memang sedar tentang tindakannya memesan makanan haram tersebut.
Perempuan asal Indonesia itu juga mengaku keluarganya pasti akan sangat marah kerana perbuatan biadab yang dilakukan.
Namun, tanpa rasa bersalah dia mengatakan dirinya telah melanggar rukun iman kerana membenarkan dirinya merasa kulit babi.
"Jadi hari ini rukun iman saya sudah langgar rukun iman. Sudah pasti pengenalan diri dalam keluarga saya dicabut.
“ Tapi saya cuma curiga karena di TikTok banyak sangat kriuknya (rasa ranggup),”kata Lina.
Dia juga dilihat menulis: “Tapi kenapa memakan kulit babi yang ranggup punya satu perasaan yang berbeza. Semalam saya makan daging rasanya sangat biasa.”
Tindakan yang dilakukan Lina kemudian menerima banyak komen dan kritikan yang disifatkan sangat tidak sensitif, merendahkan agama dan biadab.
Dalam Islam, sudah jelas hukum bahawa makan babi bagi muslim adalah haram.
Larangan tersebut banyak disebutkan di dalam Al-Qur'an, salah satunya surah Al-Nahl Ayat 115, yang ertinya:
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi dan hewan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah, tetapi barangsiapa terpaksa memakannya bukan karena keinginannya dan tidak pula melampaui batas, maka sungguh Allah maha pengampun, maha penyayang.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Hiburan

“Saya Suka Sebab Itu Saya Buat, Kalau Tidak…” - Siti Nurhaliza Jawab Tuduhan Netizen Kata Tak Ada Job

gempak
11/09/2024
04:55 MYT
Dengan nada yang lembut, Siti Nurhaliza meminta supaya peminat tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Hiburan

Baggio Damasutra Seronok Buat Live Di TikTok, Nafi Terdesak Tiada ‘Job’ - "Saya Masih Aktif..”

gempak
08/09/2024
23:55 MYT
Sering bergiat aktif melakukan siaran langsung di TikTok, vokalis Damasutra, Baggio menafikan dirinya terdesak susulan didakwa tiada tawaran pekerjaan.
Viral

Allahyarham Humaira Repost Hantaran Tentang Kematian 4 Hari Sebelum Maut Kemalangan

gempak
08/09/2024
04:25 MYT
Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.