,
Laman Utama

Mengaku Kisah Hidupnya Terlalu Luar Biasa, Madonna Tulis Biopik Sendiri

Maliah Surip
01/08/2022
14:41 MYT
Pesohor sensasi dunia, Madonna dilaporkan menggarap naskhah atau biopik mengenai dirinya sendiri.
Menurut Madonna, dia tidak membenarkan sutradara lain mengarahkan biopik mengenainya kerana berasa kehidupan yang dilaluinya terlalu luar biasa.
Dia juga mengaku kerana hidupnya yang terlalu popular dan terkenal membuatkan ia ‘sukar’ difahami atau disampaikan dengan baik oleh orang lain.
“Saya mempunyai kehidupan yang amat luar biasa. Jadi saya perlu menghasilkan filem yang lebih luar biasa,” katanya seperti dilaporkan Marca.com.
Penghibur berusia 63 tahun itu juga mengatakan ramai yang ingin menggarap biopik kehidupannya.
“Ramai yang mahu membuat biopik saya. Kebanyakannya lelaki yang prejudis.
“Jadi sebagai langkah berjaga jaga, saya ambil keputusan tak akan ada yang akan membuat kisah hidup saya kecuali saya sendiri!”tegasnya lagi.
Sebelumnya Madonna memberitahu Associated Press proses pembikinan biopik tersebut berjalan dengan agak ‘gila’.
“Saya dalam proses menulis dan baru memutuskan bahagian cerita yang mana untuk saya tulis dan karakter yang mahu dipersembahkan.
“Ia memang sebuah proses yang panjang, tetapi menjadi terapi yang menyenangkan,” jelasnya.
Biopik tersebut dijangka akan mengangkat kisah dari zaman awal pembabitan pemilik nama sebenar Madonna Louise Ciccone dan turun naik kariernya sehingga diberi jolokan Queen of Pop.
Projek tersebut akan ditulis bersama Diablo Cody (Juno). Amy Pascal, yang sebelumnya terlibat dalam Ghostbusters dan Little Women, dilaporkan akan menjadi penerbit.
Sementara itu, Julia Garner dilaporkan mendapatkan tawaran untuk memerankan Madonna dalam biopik tersebut, namun masih belum ada kenyataan rasmi mengenainya.
Foto: Dazed, Smooth
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.