,
Laman Utama

Mengaku Duit Banyak Pun Tak Selamat, Mike Tyson Ramal Bakal Mati Tidak Lama Lagi

Maliah Surip
23/07/2022
14:38 MYT
Peninju legenda dunia, Mike Tyson baru baru ini mengatakan percaya ajalnya semakin hampir dan mendedahkan tentang bagaimana duit dan kekayaan tidak dapat menolong dirinya.
Pendedahan itu dibuat melalui podcast miliknya, Hotboxin' with Mike Tyson.
“Kita semua akan mati satu hari nanti, sudah tentu,” Tyson dipetik berkata demikian, lapor Dailymailuk.
Tyson, 56, kemudian berkata lagi apabila melihat dirinya di cermin, beliau sudah boleh nampak banyak kedutan.
“Dan saya katakan bahawa ajal saya akan tiba tidak lama lagi. Ia sangat hampir,” katanya.
Dalam laporan sama, Tyson turut bercakap mengenai kemashyuran yang diperoleh sepanjang menjadi petinju termasuk memiliki banyak wang.
Namun beliau mengaku, wang ringgit tidak memberi nilai dan makna buatnya.
“Saya selalu beritahu orang, ramai yang fikir mereka akan bahagia apabila memiliki banyak wang, tetapi apabila anda telah memilikinya, jangan berharap semua orang akan sayangkan anda.
“Dan jika anda percaya anda kebal kerana memiliki wang, percayalah, tanggapan itu salah.
“Adakah wang menjamin kehidupan anda? Ia tidak bermakna kerana jika anda dijangkiti penyakit atau dilanggar kereta misalnya, adakah wang akan menyelamatkan anda? Termasuk jika anda mengambil keputusan terjun jambatan!”luah Tyson sewaktu berbincang dengan isteri ketiganya, Lakiha Spicer.
Tyson atau dikenali sebagai Iron Mike mneceburkan diri dalam sukan tinju pada tahun 1985 dan menewaskan lawannya, Hector Mercedes pada usia semuda 18 tahun.
Sejak itu kariernya ‘meletup’ sebelum dipenjara tiga tahun pada 1991 atas kesalahan merogol seorang remaja. Pada tahun 2003, Tyson diumumkan muflis.
Kredit Foto: DailyMailuk
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.