Hiburan
Mengaku Anak Angkat, Kim Jaejoong Beri Ibu Bapa RM18 Ribu Setiap Kali Jumpa
Idola K Pop Kim Jaejoong mendedahkan dirinya adalah anak angkat yang diambil sejak kecil dan mempunyai lapan orang kakak dari keluarga tersebut.
Oleh kerana jarak usia mereka yang tidak jauh, Jaejoong mengaku selalu bergaduh dengan kakak terakhir dan tidak pernah meraikan ulang tahun kerana menyembunyikan fakta dirinya seorang anak angkat dalam keluarga tersebut.
“Saya ada lapan kakak dengan jarak usia yang agak rapat. Saya selalu bergaduh dengan kakak paling muda kerana jarak usia kami tidak sampai setahun.
“Saya juga seorang anak angkat dan untuk menyembunyikan fakta saya anak angkat, saya tidak pernah meraikan majlis hari jadi,” katanya sewaktu muncul sebagai tetamu di saluran Neighborhood Friend Kangnami, lapor AllKPop.
BERITA TRENDING: Kim Jaejoong Sedia Terima Hukuman setelah Mengaku Bikin April Mop Terinfeksi Covid 19
Selain bercakap tentang keluarganya yang semakin berkembang, Jaejoong mengaku dirinya tidak pernah gagal memberi wang saku kepada kedua ibu bapa angkatnya setiap kali bertemu.Kepada Kangnami, bintang berusia 38 tahun itu mendedahkan jumlah wang yang diberikan kepada kedua orang tuanya.
“Saya akan beri mereka RM18,000 (KRW5 juta) setiap kali bertemu mereka,” katanya.
BERITA TRENDING: Alyah Dapat Ilham Nama Anak Izzara Dari Restoran Di R&R Ayer Keroh, Tak Pernah Rancang Ambil Anak Angkat
BERITA TRENDING: 27 tahun Terpisah, Wanita Syukur Dapat Peluk Ibu Kandung - “Saya Diserahkan Kepada Keluarga Angkat Beragama Islam Ketika…”
BERITA TRENDING: "Saya Takkan Pernah Boleh Gantikan Ibu & Ayah Mereka" - Uncle Mike
Must-Watch Video