,
Hiburan

Menceroboh & Masukkan Dadah Jenis Metamphetamine Dalam Badan, Jason Lo Tidak Mengaku Bersalah

Fiza Kamarudin
19/11/2019
05:27 MYT
Penyanyi Jason Lo mengaku mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menceroboh sebuah rumah dan memasukkan dadah jenis ‘methamphetamine’ dalam badannya.
Jason yang juga bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi tempatan dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sai .
Dia didakwa telah melakukan pencerobohan dengan memasuki sebuah rumah kediaman di Bangsar Park, Brickfields pada 10 malam, 30 Okt lepas mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Mardhiyah Siraj yang mewakili Jason Lo memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menanggung keluarga.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Dis untuk sebutan semula kes.
Di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin, Jason Lo mengaku tidak bersalah atas pertuduhan telah memasukkan dadah jenis ‘methamphetamine’ ke dalam badannya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tandas pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di Jalan Travers , Brickfields pada 5.15 petang, 15 Nov lepas.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah seliaan pegawai pemulihan tidak kurang dua tahun dan maksimum tiga tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohd Farid menawarkan jaminan RM5,000 manakala Mardhiyah yang mewakili Jason Lo memohon jaminan rendah kerana anak guamnya menanggung ibunya yang mengidap tekanan darah tinggi.
“Anak guam saya merupakan bapa kepada tiga anak. Dia menjaga dua anak sementara seorang lagi anaknya dijaga oleh bekas isterinya dan nafkah ditanggung olehnya,”katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Dis untuk sebutan kes.
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.