,
Laman Utama

"Menarik, Cute, Kena Tengok!" - 'Imam Instant Ustazah Scammer' Sarat Pengajaran Agama Dalam Komedi

Shahrin Zulkifle
05/03/2023
13:00 MYT

Bersempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, Astro Ria bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Imam Instant Ustazah Scammer.

Drama sembilan episod arahan pengarah Hadith Omar itu menggandingkan dua pelakon popular, Hun Haqeem dan Mira Filzah buat pertama kalinya.

Menurut Hadith Omar, kemunculan Mira Filzah dalam drama itu adalah yang terbesar selepas dia mendirikan rumah tangga dan berehat seketika daripada lakonan kerana memberikan fokus kepada anak sulungnya.

“Mira Filzah selepas berumahtangga, dia berehat sebentar dan ini merupakan ‘comeback’ yang besar untuk Mira dan kali ini digandingkan pula buat kali pertama dengan Hun Haqeem.

“Ini betul-betul gandingan pertama mereka untuk sebuah naskhah drama. Very interesting , very cute, kena tengok,” kata Hadith.

Dalam masa sama, Hadith berharap mesej dalam drama berkenaan dapat disampaikan dan difahami penonton terutama dalam menerapkan semangat di bulan mulia laitu bulan Ramadan.

“Drama ini berbentuk ringan tetapi terdapat isu serta banyak pengajaran kerana kami cuba memberikan didikan kepada peminat tentang pelajaran agama melalui komedi.

“Kami selitkan banyak pengajaran terutama mengenai ramadan untuk menyuntik kembali semangat sambutan bulan mulia dan hari raya yang kian pudar dalam masyarakat,” tambahnya.

Sementara itu, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, merasa lega kerana tidak perlu melakonkan watak berat sebaliknya karakter santai yang dibawa dalam drama bergenre komedi ini.

“Saya bimbang juga untuk buat kemunculan semula tetapi alhamdulillah dapat beraksi dalam sebuah cerita yang ringan, relaks dan komedi.

“Lebih penting, saya tidak perlu buat kemunculan semula dengan drama berat yang memerlukan saya nangis-nangis.

“Watak kelakar yang saya pegang ini ‘menjadi’ dengan bantuan semua orang di sekeliling serta tidak perlu berlebihan-lebihan,” katanya yang membawa watak Ustazah Scammer.

Imam Instant Ustazah Scammer akan ditayangkan bermula 5 Mac ini setiap Ahad jam 9 malam menerusi Astro Ria atau strim dalam Astro Go.

Sinopsis:

Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya. Namun, kerana asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Hiburan

“Setiap Orang Ada Pandangan Masing-Masing” - Hun Haqeem Gembira Kakak Dapat Tunai Impian Main Gitar Di Majlis Perkahwinan Sendiri

gempak
13/09/2024
14:55 MYT
Pelakon, Hun Haqeem meluahkan rasa gembira selepas kakaknya, Nureen Qistina berjaya menunaikan hasrat untuk bermain gitar di majlis perkahwinannya sendiri.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.