,
Laman Utama

Menang Aktor Terbaik, Bintang Squid Game Lee Jung Jae: “Ya Tuhan, Terima Kasih Banyak!”

Maliah Surip
01/03/2022
00:45 MYT
Aktor Lee Jung-jae membawa pulang penghargaan pertama sekaligus mencetak sejarah peribadi apabila dinobatkan sebagai Aktor Siri Televisyen Terbaik di Screen Actors Guild (SAG) Awards 2022.
Penghargaan tersebut dimenangkan berkat lakonan hebatnya sebagai Seseong Gi-hoon menerusi siri fenomena, Squid Game.
Dalam kategori Aktor Terbaik, Lee Jung-jae mengalahkan Brian Cox (Succession), Billy Crudup (The Morning Show), Kieran Culkin (Succession), dan Jeremy Strong (Succession).
Kemenangan tersebut disambut penuh syukur oleh aktor berusia 49 tahun tersebut.
“Ya Tuhan, terima kasih banyak! Ini benar-benar terjadi padaku," kata Jung Jae saat menerima kemenangan tersebut seperti dilaporkan AllKPop.
Jung Jae mengaku tidak pernah menyangka akan menjadi salah seorang pencalon, apa lagi memenangi anugerah yang amat berharga tersebut.
"Saya tidak dapat bercakap dan sangat bersemangat untuk dicalonkan, tidak hanya secara individu tetapi untuk seluruh tim Squid Game kami," tulis Jung-jae di akaun Instagram miliknya pula.
Dia juga menulis: :Saya ingat dengan jelas saat-saat berharga yang kami bagikan bersama, bekerja keras untuk merakam enam pertandingan yang cukup menegangkan.
Aktor tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan mahu berkongsi kemenangan tersebut bersama semua peminatnya.
"Saya dengan rendah hati dan ingin berbagi momen ini dengan semua peminat Squid Game," tulisnya lagi.
Selain kemenangan Jung Jae, Squid Game juga raih tiga penghargaan lain termasuk aktres siri televisyen terbaik untuk Jung Ho-yeon.
Untuk rekod, Lee Jung-jae menjadi aktor Korea Selatan kedua yang menang di SAG Awards setelah Youn Yuh-jung pada 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar