,
Hiburan

“Menakutkan, Duduk Diam Pun 190/110” - Darah Tinggi Antara Sebab Abby Abadi Jalani Pembedahan Bariatric

Mya Amri
03/08/2020
08:14 MYT
Pelakon Abby Abadi telah selamat menjalani pembedahan 'ikat perut' atau lebih dikenali Bariatric surgery.
Dedah Abby, dia berasa gementar untuk melakukan pembedahan namun demi kesihatan aktres itu memberanikan diri untuk melakukannya.
“Masa ditolak masuk bilik pembedahan macam-macam juga fikir, siap pesan dekat suami nombor password akaun bank kalau apa-apa jadi.
“Sebelum masuk timbang berat dulu. 92 kg! Paling berat seumur hidup saya tau. Macam tak percaya je sebab kali terkakhir timbang beberapa bulan lepas 79, 82 kg. Sempat suami cakap ini kalau dibiarkan mahu capai 100 kg.
“Paling utama selain berat badan, penyakit darah tinggi saya pun bacaannya sangat menakutkan. Duduk diam pun sampai 190/110. Turunnya pun 170, 151.
“Antara sebab utamala arwah baby-baby dan suami tak dapat diselamatkan sebab saya lambat bertindak.
“Yelah sebab sangka tak teruk mana pun walaupun dah tak boleh tinggal ubat dah sebenarnya.
“Paling ngeri bila tahu darah tinggi pembunuh senyap. (Bariatric ni antara usahalah untuk sihat sebab tanggungjawab banyak/besar),” kongsinya.

#BariatricJourney with Dr @dr.mustafamt #Episod4 . (28July2020) Antara 11.30 -12tgh Masa ni nk ditolak ke Operation Theatre ? dup dap dup dap.. macam2 juga fikir.. siap2 pesan dah kt suami no password acc bank kalau apa2 jadi ? . Sebelum masuk OT, timbang berat dulu. 92kg! Ambikkkk!!! Gilalahhh.. Paling berat seumur hidup tau! Masa jumpa Dr nk sembang2 dulu pasal ni, Sy bgtau berat Sy bawah 85kg (main agak je).. dgn ketinggian 164. Rupanya PKP memboyakkan ku ?? Macam tak caya je sbb last timbang beberapa bulan lepas, 79, 82kg ? Suami sempat cakap, ni kalau dibiarkan ni, mahu capai 100kg ni.. ? . Badan ni pulak degil dah sejak dua menjak ni.. (ke sendiri yg degil? haha ??? ) Asyik nak makan sedap je. Biasaaaa diaaa! ?Bila kata nk diet, sehari je tahan.. pastu.. gi makan kedai itu ini, sepinggan tak cukup.. rasa2 lagi anak2 punya ? pastu makan2 lagi seisi keluarga, dah kenyang, makanan review pulak sampai, lagi & lagi.. huuurrmmm...? Tu berat naik tanpa sedar tu.. konon nak diet, nak diettt, Gi gym bagai.. Zumba pulak... Mmm sehari dua je semangat. Pastu ke laut balik.. bertahun keadaan ini.. uwawaaawaaa ? . Dan kerana itu Sy perlu berSyukur sangat2. Disaat tak berdaya nk diet sendiri, ALLAH hadirkan Dr Mustafa & Isterinya Puan Sri @rafeahariffin ? gitewwww.. . Paling utama selain dari berat badan, penyakit darah tinggi Sy pun bacaannya sangat menakutkan. Duduk diam pun sampai 190/110.. turunpun 170,151.. antara sbb utama la arwah Baby2 Sy dgn suami @jaiezzany tak dpt diselamatkan sbb Sy lambat bertindak. Yelah sbb sangka tak teruk mana walaupun dah tak buleh tinggal ubat dah sebenarnya. Paling ngeri bila tau Darah tinggi pembunuh senyap.. ( Bariatric ni antara usahalah ni utk sihat sbb tanggungjawab byk/ besar) ?? . Sy sarankan utk lebih mengetahui lanjut tentang Bariatric Surgery ni, follow terus Dr @dr.mustafamt semua akan terjawab sbb Dr dah jawab siap2 dah dalam IGnya soalan2 yg biasa ditanya. Tentang kos, DM Dr atau isterinya Puan Rafeah ye. Oklah sambung nanti.. Anak2 tak kasi can menulis lama sbb dorg nak Mama hehe.. Ni pun 3/4kali sambung baru dpt pos ni ? Daaaaa..

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Terdahulu, pembedahan Bariatric untuk menguruskan badan merupakan prosedur paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dengan kesan kegemukan ketara atau obesiti.
Dikenali sebagai pembedahan Bariatrik, ia adalah pembedahan minor bagaikan pembedahan pundi hempedu yang mengambil masa sekitar 30 minit saja.
Pembedahan Bariatrik dijalankan dengan menggunakan kaedah laparoskopi iaitu dengan menebuk antara empat hingga lima lubang pada bahagian perut sebelum 'stapler' dimasukkan menerusinya untuk memotong. Pada masa sama mencantumkan bahagian berkenaan.
Antara selebriti yang pernah menjalani pembedahan Bariatrik ialah juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah pada 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Hiburan

Norman Hakim Syukur Marissa Dania Kongsi Rezeki Belanja Family Makan Malam, Abby Abadi Titip Pesan Pada Anak-Anak – “Apa Keadaan Sekalipun…”

gempak
08/11/2024
12:50 MYT
Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania sekali lagi mencuri tumpuan di media sosial.
Hiburan

Nyanyian Dikritik Netizen, Abby Abadi Tampil ‘Back Up’ Fazura - “Korang Maki Dapat Apa? Istighfar Banyak-Banyak”

gempak
06/11/2024
04:25 MYT
Pelakon Abby Abadi tampil mempertahankan penyanyi dan aktres, Nur Fazura yang menyanyikan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Unitar