gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kongsi Foto Ilustrasi Aneh & Gambar IG Jadi Hitam, Peminat Bimbang Dengan Lee Zi Jia - “Saya Doa Pada Tuhan Agar…”
HIBURAN
Adam Lee Hanya Ada Seminggu Untuk Dalami Watak Taufiq Dalam ’Di Sebalik Reda’ - “Saya Memahami & Mengenali…”
VIRAL
"Saya Cemburu Tengok Lelaki Pandai Masak" - Hafiz Mahamad Cuba-Cuba Buat Pizza, Tak Sangka Feedback Cakap Sedap!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Memperingati Peristiwa Nakba, Nash Mohon Radio Putarkan Semula Lagu Ya Maulana!

Amri Hassan
Amri Hassan
11/11/2023
07:30 MYT
Sponsor Banner
Memperingati Peristiwa Nakba, Nash Mohon Radio Putarkan Semula Lagu Ya Maulana!
Penyanyi Datuk Nash berharap stesen radio dapat memutarkan lagu nyanyiannya bersama kumpulan Lefthanded berjudul Ya Maulana.
Beliau berkata lagu yang diterbitkan sekitar tahun 90-an itu membawa mesej mengenai peperangan seperti yang sedang melanda Palestine ketika ini.
"Lagu ini membawa mesej yang sangat bermakna dengan situasi peperangan seperti berlaku ketika ini dan sesuai dimainkan.
"Lagu ini sudah lama diterbitkan pada tahun 1993 dan berkaitan dengan kemelut peperangan," katanya ketika ditemui pada sidang media Makan Malam Amal PLG dan Konsert Mini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, lagu Ya Maulana dihasilkan bagi memperingati Nakbah iaitu peristiwa pengusiran rakyat Palestin sejak tahun 1948.
Lantaran itu, Nash berkata lagu berkenaan sesuai dimainkan bagi terus meniupkan solidariti terhadap rakyat negara berkenaan yang sedang bergolak.

BERITA TRENDING: Nash Kongsi Detik Cemas Badan Tiba-Tiba Cramp & Kaki Tak Boleh Gerak - “Sakitnya Allah Sahaja Yang...

Sementara itu, Nash juga akan bersama Jamal dalam Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini anjuran Meem Planet Resources, bagi mengumpul dana untuk Palestine.
Beliau berkata, mereka bakal berduet menerusi lagu Kepadamu Kekasih pada malam itu nanti.
Jamal menambah sebanyak 18 lagu hits nyanyiannya akan dipersembahkan bersama Nash serta dua lagi penyanyi Azlan & The Typewriter dan Eka Sharif pada 22hb Disember 2023 di Hotel Royale Chulan, Seremban.
Topic Berkaitan
#Viral
#Jamal Abdillah
#Lagu
#Nash
#Palestin
#Lefthanded
#Nakbah
#Ya Maulana
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement