gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Trio Aidyl Hr, Pika, Pikabu Intai Peluang Ke Muzik Mainstream, Pertaruhkan 'Way' - "Uniknya Lagu Ini Ada Lirik Bahasa Kedayan & Sabah"
BERITA
Rakam Video Rakan Serumah Lelaki Mandi Sekadar Gurauan, Akauntan Didenda RM3,000
VIRAL
"Saya Rasa Begitu Bersalah, Tekanan Sampai Ibu Hidap Kanser Lagi Sekali" - Syed Saddiq
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Memang Kebetulan, Tak Rancang…” – Amira Othman Jawab Isu Pakai Sedondon Dengan Fattah Amin

Umirah Halim
Umirah Halim
25/06/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
“Memang Kebetulan, Tak Rancang…” – Amira Othman Jawab Isu Pakai Sedondon Dengan Fattah Amin
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman menafikan dakwaan kononnya dia dan aktor popular, Fattah Amin sengaja berpakaian sedondon ketika menghadiri dua majlis berasingan, baru-baru ini.
Spekulasi mula tercetus selepas kedua-duanya dilihat mengenakan pakaian serba putih dalam dua acara berbeza yang berlangsung pada hari yang sama, sekaligus menarik perhatian ramai di media sosial.
Bagaimanapun, Amira, 31, menjelaskan perkara itu hanyalah kebetulan dan bukanlah sesuatu yang telah dirancang bersama.
@_fattmira Takde yang kebetulan, semuanya takdir😊#amiraothman #fattahamin #ourfas #doabaikbaik🤲 #amiracleforfattah ♬ suara asli - MeliricStory - Lyric Story
“Baju kami sama tu sebab kebetulan. Saya tak tipu tau, tak baik kata saya tipu.
“Memang saya tak tahu pun dia pakai baju warna apa, dia pun sama,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Untuk info, Amira hadir ke sebuah majlis pelancaran single terbaharanya berjudul Dalam Sujudku, manakala Fattah pula menghadiri majlis pelantikan sebagai duta produk minuman tenaga Orang Kampung (OK) yang berlangsung pada petang Selasa.
Penampilan ‘sedondon tidak sengaja’ itu pantas menjadi bualan netizen yang rata-ratanya berseloroh dan membuat pelbagai andaian, namun Amira tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Topic Berkaitan
#Amira Othman
#Amin
#Fattah
#Sedondon
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement