,
Hiburan

"Memang Fazura Dan Fattah Orang Yang Baik" - Ina Naim

Gempak
11/10/2024
00:59 MYT
Pempengaruh, Ina Naim menyarankan agar masyarakat melihat situasi yang berlaku kepada rumah tangga pasangan pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin sebagai satu pengajaran.

Jadi pengajaran

Ina yang juga isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad berkata demikian menerusi sesi siaran langsung di TikToknya.

"Semua orang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tapi, kita ini yang Allah tunjukkan benda ini, kita minta Allah lindungi kita daripada fitnah dunia dan fitnah dajal.

"Jauhkan kami daripada cinta dunia. Itu, Allah nak beri pengajaran kepada semua. Salah satu pengajarannya adalah, jangan cinta dunia. "Kedua, jangan berhutang terutama hutang riba yang sentiasa dipaksa bayar. Itu akan membuatkan kita jadi tertekan. Kita ambil pengajaran dari situ, bukan kita komen," katanya.

Fazura, Fattah orang yang baik

Ina juga menjelaskan bahawa pasangan selebriti itu adalah orang-orang baik.

"Kalau dia (Fazura) sedar apa yang dia cakap, dia takkan cakap semua benda. Saya duduk dalam dunia ini, saya tahu. Dunia tipu-tipu.

"Saya bukan nak cerita, tetapi saya nak jadikan satu pengajaran untuk semua. Saya tengok, macam-macam orang komen dan ramai sokong Fattah Amin. Saya kena lihat dua benda. Memang Fazura dan Fattah orang yang baik. "Cuma, apabila wartawan bertubi-tubi tanya soalan kepada dia, dia terlepas cakap benda itu. Itu yang jadi besar. Fattah Amin ini orang cerdik, dari keluarga berilmu, orang soleh dan solehah, ahli syurga," katanya.
Pasangan Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi Isnin selepas tujuh tahun berumah tangga.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”

gempak
11/10/2024
03:55 MYT
Pelakon, Fattah Amin menjadi perhatian netizen selepas ramai yang meluahkan rasa sebak mendengar sesi podcast Borak Dulu Baru Kamu yang kembali tular.
Hiburan

Rosyam Nor Buat Laporan Polis! Bakal Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah-Fazura

gempak
10/10/2024
23:55 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor telah membuat laporan polis susulan namanya dikaitkan sebagai pernah menasihati aktor Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Fattah Amin Steady! Lumba Lari Kalahkan Nabil - “Kaki Saya Kejang, Lupa Nak Warm Up”

gempak
10/10/2024
08:55 MYT
Kehadiran pelakon, Fattah Amin di konti ERA bagi menyertai program santai Lumba Lari 3 Pagi Era di perkarangan Astro Bukit Jalil, ternyata mendapat perhatian ramai.
Hiburan

Pelancaran Lagu Bertahan Demi Cinta Tiada Kaitan Dengan Situasi Semasa Fazura & Fattah

gempak
10/10/2024
06:51 MYT
FAZURA Studios dan syarikat label rakaman terkemuka dari Indonesia, HITS Record akan meluncurkan secara bersama lagu baharu bertajuk Bertahan Demi Cinta pada Khamis, 10 Oktober 2024.
Hiburan

Rosyam Nor Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah Amin & Fazura Ke Mahkamah - “Korang Tunggu…”

gempak
10/10/2024
05:55 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor, 56, bakal mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan nama dan imejnya untuk bersuara mengenai rumah tangga selebriti Fattah Amin dan Fazura.
BorakSeeni