,
Laman Utama

Memang Bitter! Siri Layangan Putus Pecah Rekod Ditonton 15 Juta Sehari

Maliah Surip
12/01/2022
14:20 MYT
Siri Indonesia yang menjadi viral sejak ditayangkan baru baru ini, Layangan Putus terus mendapat perhatian ramai.
Terkini, drama yang diinspirasikan dari kisah benar ini dilaporkan telah mencetak rekod apabila menerima tontonan sehingga 15 juta kali dalam tempoh 24 jam atau sehari!
Terdahulu, selain menduduki posisi top trending beberapa minggu, siri yang diarahkan oleh Benni Setiawan ini juga menjadi viral di lebih 25 negara selain menjadi bualan hangat warganet.
Menurut laporan Kompas, analisa Google Trends, Layangan Putus menjadi topik yang paling banyak dicari, mengalahkan jumlah pencarian untuk tayangan-tayangan lainnya.
Bahkan,hashtag dan percakapan tentang Layangan Putus antara tokoh Aris yang dimainkan Reza Rahadian, Kinan (Putri Marino) dan Lydia (Anya Geraldine) sempat merajai daftar trending topic di berbagai platform media sosial.
Antara adegan yang membuat ramai penonton marah adalah saat Kinan mengetahui Aris membawa Lydia ke Cappadocia sekaligus dijadikan parodi dalam pelbagai platform media sosial.
Menurut Lesley Simpson, Country Head WeTV dan iflix Indonesia, pencapaian tersebut merupakan pembuka tahun baru 2022 yang baik untuk WeTV.
“Ini adalah suatu permulaan yang sekaligus membuktikan WeTV selalu menghadirkan siri berkualiti yang hits kepada pengguna yang mampu memicu percakapan di media sosial,” kata Lesley.
Kredit Foto: Popmama.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.