,
Gaya Hidup

Memang Best... 10 Lagu Patriotik Dulu Hingga Sekarang Yang Pasti Buat Anda Bangga Jadi Anak Malaysia!

Azwa Rahman
30/08/2019
10:33 MYT
Malaysia, bumi bertuah. Mula mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, tanah air kita ini semakin dikenali di mata dunia dari segala aspek kehidupan.
Meraikan sambutan kemerdekaan yang ke-62 pada tahun ini, Gempak himpunkan 10 lagu patriotik bertemakan kenegaraan sepanjang masa yang mampu menaikkan lagi jati diri dan rasa bangga anda menjadi anak Malaysia.
10. Setia - Francissca Peter, Man Bai, Zainal Abidin, Hael Husaini, Syamel, Ara Johari, Nicole, Ernie Zakri (2018)
Lagu Setia, nyanyian asal Francissca Peter, dicipta oleh Datuk Ahmad Dasilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.
Ia diberi nafas baru dengan gabungan penyanyi tersohor dan penyanyi berbakat negara.
9. Arena Cahaya - Zee Avi (2015)
Lagu ini merupakan lagu runut bunyi bagi filem Ola Bola. Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman menghasilkan sendiri lagu ini dan susunan muziknya bersama sahabat baiknya, Rendra Zawawi hanya dalam tempoh sebulan.
Lagu ini ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris bagi menggambarkan negara Malaysia yang mempunyai pelbagai
8. Malaysia Truly Asia - Datuk Khatijah Ibrahim (2002)
Lagu asal Malaysia Truly Asia dinyanyikan oleh Datuk Khatijah Ibrahim bersempena sambutan Citrawarna Malaysia.
Lagu ciptaan komposer veteran Datuk Ahmad Nawab ini turut dirakamkan dalam 20 bahasa oleh 20 penyanyi dari seluruh dunia bagi mempromosikan industri pelancongan Malaysia.
7. Gemuruh - Faizal Tahir (2007)
Dari bait-bait liriknya sahaja. boleh menyemarakkan semangat jati diri dan patriotik dalam setiap jiwa anak Malaysia.
Lagu ini dimuatkan di dalam album sulung Faizal Tahir bertajuk Aku.Kamu.Muzik. Lagu ciptaan Aubrey Suwito ini begitu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sehingga biarpun sudah berusia 11 tahun, ia masih mampu membangkitkan semangat dan jati diri negara setiap kali mendengarnya.
6. Gemuruh Suara - Team Malaysia (2011)
Lagu ini asalnya merupakan kolaborasi Telekom Malaysia (TM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mengiringi perjalanan para atlet Malaysia dan seluruh rakyat yang memberikan sokongan bersempena temasya Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di Indonesia.
Lagu ciptaan Norman, Yusry dan Edry dari kumpulan KRU ini turut mendapat sentuhan liriknya dari Ramli Sarip, Caprice dan Dato’ Shafri Mohamad. Kini lagu ini sering digunapakai untuk mana-mana acara sukan bagi menyemarakkan semangat para atlet Malaysia.
5. Negaraku - Faizal Tahir, Joe Flizzow, Atlimet dan SonaOne (2016)
Hasil gabungan empat penyanyi terkenal Malaysia, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne ini telah dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun 2016.
Lagu ini digubah oleh Ezra Kong, Mike Chan dan Faizal Tahir dari Faithful Music dan ditulis oleh gabungan empat penyanyi ini juga.
4. Tanggal 31 Ogos - Sudirman (1982)
Allahyarham Sudirman antara penyanyi yang banyak mengeluarkan lagu-lagu patriotik. Tanggal 31 merupakan antara lagu patriotik yang paling popular didendangkan menjelang bulan kemerdekaan.
Tidak kira tua atau muda, lirik lagu ini sudah sebati dan setiap rakyat Malaysia. Dinyanyikan sepenuh perasaan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad pada 1982, lirik lagu ini ditulis oleh Ahmad C.B.
3. So Many Hands - Mia Palencia (2017)
Lagu ini merupakan diantara lagu tema Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 disamping Tunjuk Belang dan Bangkit Bersama.
Dilancarkan oleh Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC), lagu ini dinyanyikan penuh sempurna oleh Mia Palencia dan telah dilancarkan pada 13 Julai 2017.
Lagu ini turut diguna pakai dalam iklan rasmi KL2017 bertajuk ‘It Takes a Nation to Raise a Champion' (Bersama, Kita Lahirkan Juara) ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya Mia Palencia dan diterbitkan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina.
2. Warisan - Sudirman (1982)
Lagu ini sangat memberi inspirasi dan motivasi untuk kita terus mempertahan dan memperingati segala hasil usaha dan titik peluh perwira negara dalam mencapai kemerdekaan.
Lagu ini ciptaan sepenuhnya Allahyarham Syed Haron dan lirik awalnya, 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' pernah diangkat menjadi tema bagi sambutan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 pada tahun 2014.
Petikan video dari YouTube ini merupakan ketika Konsert Diraja pada tahun 1984, persembahan Allahyarham Sudirman diiringi oleh pemuzik Orkestra RTM.
1. Standing in the Eye of the World - Ella (1998)
Lagu Standing in the Eye of the World ini merupakan lagu tema Sukan Komanwel 1998 dimana Malaysia menjadi tuan rumah ketika itu.
Hasil ciptaan David Gates dan Datuk Wah Idris, lagu ini dinyanyikan oleh Ella dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Cara penyampaian Ella dicampur paduan alunan muziknya serta emosi yang diterapkan dalam setiap lirik masih mampu meremangkan bulu roma setiap rakyat Malaysia setiap kali ia dimainkan. Tidak hanya boleh membangkitkan rasa cinta pada negara, lagu ini juga mampu membuatkan anda menitiskan air mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.