,
Hiburan

Melor Pelangi Merdu, Nama Unik Anak Ketiga MonoloQue

Mya Amri
09/01/2019
07:31 MYT
Penyanyi dan komposer, MonoloQue selamat dikurniakan cahaya mata ketiga pada 20 Disember lalu.
Namun apa yang menjadi perhatian pengikut Instagramnya adalah nama unik yang dipilih oleh MonoloQue dan isterinya untuk bayi comel itu.
Melor Pelangi Merdu, itulah nama yang diberikan kepada anak ketiganya.
Menerusi entri terbarunya, MonoloQue atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Anuar juga telah memuat naik foto puteri kesayangannya itu.
“Sahibul Hikayat, tanggal 20.12.2018 Masihi yang lepas, keluarga kecil kami telah dikurniakan karya agung edisi ke 3 saya dan isteri @dahlianadirah, Melor Pelangi Merdu, namanya diberi.
“Jutaan terima kasih buat ucapan dan doa anda semua. Syukur. Alhamdulillah ke hadratnya, semuanya berjalan lancar dan selamat.
“Moga-moga kehidupan dunia kami sekeluarga selepas ini diwarnai beraneka warna serta disulami bunyi-bunyian bak buluh perindu hendaknya , dengan khadiran anakanda, Melor “Pelangi” Merdu . Amin,”
Selain Melor “Pelangi” Merdu, Loque dan Dahlia mempunyai dua lagi anak perempuan, Anggerik Dang Jelita, 6, dan Seroja Dewi Harapan yang dilahirkan pada 21 Januari 2017.
Foto: Instagram @antiloque
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar