,
Laman Utama

“Melodi Pertama Saya Dapat Ketika Buat Umrah” – Alyah Dedah Perjalanan Lagu Thank You Allah

Shahrin Zulkifle
12/09/2022
06:30 MYT
Penyanyi Datin Alyah, mendedahkan melodi awal lagu nyanyiannya berjudul Thank You Allah diperoleh sewaktu dia sedang mengerjakan ibadah umrah pada 2019.
Jelas Alyah, usai sahaja ibadahnya itu, negara telah menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dimana seluruh rakyat Malaysia diuji dengan pelbagai ujian termasuklah dirinya.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka sebuah hikmah Tuhan diberikan buatnya sehingga terhasil lagu berkenaan.
“Melodi pertama untuk lagu ini saya dapat ketika sedang melakukan Umrah pada tahun 2019.
“Apabila saya balik dari Umrah, kerajaan umum PKP. Ramai yang saya lihat kehilangan kerja ketika itu, ada yang bunuh diri dan ada juga yang alami tekanan perasaan.
“Bagaimanapun ketika Allah sedang menguji kita (rakyat Malaysia) ujian itu, saya tidak sangka apabila ditawarkan menjadi duta sebuah produk kosmetik dengan tawaran yang besar.
“Saya terduduk dan memikirkan hikmah yang Allah berikan kepada saya. Saya sangat bersyukur ketika itu dan terus ucap Thank You Allah, kemudiannya teringat melodi yang sebelum ini saya terbayangkan itu.
“Saya terus telefon rakan saya Omar K (komposer) untuk siapkan bahagian tengah dan korus sehingga terhasil lah lagu Thank You Allah,” kongsi Alyah.
Alyah ditemui pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 23 yang menyaksikan lagu Thank You Allah nyanyiannya itu bersama Cat Farish dan Hariz Ismil memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik.
Ditanya mengenai perasaan memenangi kategori tersebut, isteri kepada pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS itu menjelaskan dia sama sekali tidak menyangka dengan keputusan tersebut.
“Perasaan saya bercampur baur masa dapat tahu saya menang, Allah adalah perancang yang terbaik.
“Saya sendiri tidak merancang untuk berada di sini untuk kategori ini, tetapi mungkin disebabkan keistimewaan yang ada pada lagu ini ianya layak menang.
“Untuk lagu saya yang dulu macam Sesal Separuh Nyawa dan Kisah Hati, saya dan team memang ada merancang untuk meraih sesuatu perhargaan, tetapi untuk lagu ini saya tidak langsung merancang untuk sebarang perhargaan, namun Allah dah aturkan,” tambahnya lagi.
Malam kemuncak AIM23 yang berlangsung dari Majlis Bandaraya Shah Alam itu menyaksikan album Deluxe Version milik penyanyi RAP Yonnyboi diangakat sebagai pemenang album terbaik sekaligus melayakkan penyanyi itu menerima trofi kemenangan dan insentif Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM200,000.
Sementara itu, lagu Goodbye Hello nyanyian Ernie Zakri dan Syamel dinobatkan sebagai pemenang Lagu Terbaik AIM23 yang membawa pulang DKD RM50,000.
BACA: Yonnyboi Menang Album Terbaik AIM23, Bolot RM200,000
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Video Luang Masa Dengan Anak, Netizen Puji - “Very Fatherly Tok Ram, Dalam Serius Ada Lembut..”

gempak
12/09/2024
06:25 MYT
Sejak kehadiran anak angkat sebagai penyeri hidup, Datin Alyah dilihat sering berkongsi momen keluarga kecilnya di media sosial.
Hiburan

Nur Izzara Alami Muntah-Muntah Hingga Masuk Wad, Alyah Terkenang Kisah Ibu Ulang-Alik Hospital – “Saya Dulu Lahir Tak Cukup Bulan”

gempak
09/09/2024
14:25 MYT
Penyanyi Datin Alyah memaklumkan anak angkatnya iaitu Nur Izzara ditahan di wad hospital selepas mengalami muntah-muntah baru-baru ini.
Hiburan

Alyah Dapat Ilham Nama Anak Izzara Dari Restoran Di R&R Ayer Keroh, Tak Pernah Rancang Ambil Anak Angkat

gempak
14/07/2024
08:55 MYT
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 43, dia menamakan Nur Izzara apabila mendapat ilham ketika berkunjung ke sebuah restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka.
Hiburan

Alami Batuk Berpanjangan, Alyah Derita Tidur Duduk Seminggu - "Saya Terfikir Adakah Saya Akan Mati Di Sini ..."

gempak
11/07/2024
03:55 MYT
Penyanyi Datin Alyah berkongsi keadaan kesihatannya yang terkini setelah keluar dari hospital pada Isnin lalu.
Hiburan

Cuaca Cecah 53 Darjah Selsius Di Tanah Suci, Alyah Alami Demam & Batuk - "Ini Kali Pertama Saya ..."

gempak
25/06/2024
06:55 MYT
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan kesihatannya sedikit terganggu sewaktu menjalankan ibadah haji ketika ini.