,
Laman Utama

Melamar Dalam Helikopter, Miller Khan & Kekasih Selamat Bertunang - "She Said Yes!"

Zulaikha Yusof
12/03/2021
08:15 MYT
Aktor Miller Khan, 34, berkongsi momen bahagia apabila dia dan kekasih selamat mengikat tali pertunangan, semalam di Indonesia.
Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan memilih untuk mengabadi kenangan terindah itu dengan membawa wanita pilihannya menaiki sebuah helikopter.
"She said yes!!!! Alhamdulillah! Sayang awak sayang," tulisnya di Instagram Stories beserta dengan foto sebentuk cincin dari jenama Tiffany & Co.
Menerusi video rakaman yang dimuat naik, Miller menyatakan wanita pilihannya itu tidak mengetahui tentang lamaran itu.
"Belum tau dia masih menikmati pemandangan," tulisnya lagi.
Selepas itu, Miller yang segak mengenakan suit berwarna hitam itu membawa wanita tercintanya menjamu selera di sebuah hotel terkemuka.
Sementara itu, abang kepada pelakon Isa Khan, 28, turut gembira apabila adiknya dan aktres Risteena Munim, 32, sudah sah bergelar pasangan suami isteri.
"Sah!!! Sakinah mawaddah warrahmah ya adikku sayang Isa Khan dan Nur Risteena," katanya menerusi posting yang berbeza.
Risteena dan Isa telah selamat menjadi pasangan suami isteri, pagi tadi hanya dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
BACA: Hanya Sekali Lafaz... Risteena & Isa Khan Sah Jadi Suami Isteri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.