,
Laman Utama

#MEGASPONTAN2023: Hubungan Jalaluddin Hassan Dengan Roy Azman Macam ‘Tom & Jerry’ - “Walaupun Ada Nampak Seperti Kami Gaduh, Tapi…”

Asyikin Mayudin
01/06/2023
08:55 MYT
Kemesraan dan keakraban pelakon Datuk Jalaluddin Hassan dengan Roy Azman sejak mereka dalam program Projek Bapa-Bapa dan Mega Spontan 2023 sentiasa menarik perhatian penonton.
Pada minggu kedua Mega Spontan 2023, Jalaluddin sanggup memasuki Bilik Mega Merenjis bagi menjalani hukuman jika kumpulannya iaitu Campaktakjauh di kedudukan terakhir biarpun mempunyai imuniti demi rakan baiknya itu.
“Hubungan saya dengan Roy sangat mesra… walaupun ada nampak kami macam bergaduh tapi saya sangat menyayangi dia. Saya ada berbincang dengan team, kalau kita dapat kedudukan second last, dan ada imuniti, kita sanggup tak bagi kepada team Roy.
“Saya masuk pun tak apa (Bilik Mega Merenjis). Saya memang nekad, kalau ada imuniti atau dapat kedudukan terakhir pun, kita masuk saja. Kita balas baik budi Langkataksuka,” katanya kepada Gempak.
Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.
Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campak Tak Jauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.
Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.
Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahu pun kumpulan.
Minggu ini menyaksikan kerajaan Srivijanda berada pada kedudukan pertama manakala Langkatasuka ditempat terakhir.
Jadi disebabkan itu, Langkatasuka terpaksa memasuki Bilik Mega Merenjis bagi menjalani hukuman.
Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.
Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati Mega Spontan di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri

gempak
12/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, berkongsi petua kebahagiaan dalam rumah tangga.
Hiburan

Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

gempak
31/07/2024
02:55 MYT
Pelawak Angah mengambil keputusan untuk berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio SINAR atas faktor masalah kesihatan yang dihadapinya.
Hiburan

Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

gempak
15/07/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.
Laman Utama

Kereta Terbakar, Roy Azman Kongsi Detik Cemas - “Api Merebak Besar, Menggelupur Keluar Ambil Anak”

gempak
04/12/2023
03:31 MYT
Allahuakhbar... Takutnya, mujur Roy, isteri dan anak selamat.
Laman Utama

Kereta Roy Azman Terbakar, Isteri & Anak Bongsu Sempat Selamatkan Diri

gempak
04/12/2023
01:19 MYT
Allahuakbar!