,
Hiburan

Meganya! RM10 Juta Nilai Konsert Jelajah & Filem Dokumentari Siti

Amri Hassan
20/12/2018
09:20 MYT
Penganjur konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour, Shirazdeen Karim mendedahkan nilai keseluruhan konsert jelajah dan filem dokumentari Siti mencecah nilai RM10 juta.
Sekaligus, menjadikan Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour merupakan konsert termahal Datuk Seri Siti Nurhaliza sepanjang kerjayanya!
Angka itu merangkumi konsert di empat buah lokasi terpilih iaitu Indonesia, Singapura, Kuala Lumpur dan London berserta sebuah filem dokumentari khas They Call Me Siti.
"Perancangan untuk konsert ini bermula sejak Mei lalu dan kami mengambil template konsert artis antarabangsa seperti Michael Jackson.
"Siti akan melalui program yang merangkumi kecergasa, diet, latihan vokal dan rehearsal muzik.
"Malah, Siti akan dilatih oleh seorang guru vokal dari New York menjelang konsert pertamanya nanti di Indonesia.
"Selain itu, kos RM10 juta turut merangkumi tenaga kerja teknikal yang dipilih berdasarkan kredibiliti dan kemahiran terbaik.
"Begitu juga filem dokumentari They Call Me Siti yang sudah memulakan penggambaran dan akan ditayangkan pada suku ketiga tahun hadapan," kata Shiraz.
Bagaimanapun, pihaknya masih terbuka untuk menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Sekitar sebelum sidang media #sitinurhalizaontour . “DATO' SRI SITI NURHALIZA ON TOUR", "ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan merupakan jelajah berterusan selama 2 tahun. Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia mulai 26 December 2018. Untuk maklumat lanjut sila layari www.shirazprojects.com atau hubungi 012 2560082. . INFOMASI KONSERT Tarikh: 21 Februari 2019 Istora Senayan, Jakarta 2 Mac 2019 Singapore Expo, Singapura 16 Mac 2019 Arena Axiata, Kuala Lumpur Harga Tiket: RM1295 (Meet & Greet), 495 (diamond), 355 (Platinum), 255 Gold, 155 (Silver), 105 (Bronze) Tiket: www.myticket.asia Tiket Hotline: 03 8605 0196, 012 3695457 Laman web: www.shirazprojects.com Maklumat Hotline: 012 2560082 Instagram: Shirazprojects Facebook: Shirazprojects Hashtag: #SitiNurhalizaOnTour . Artis Management: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. @ctdk Tajaan busana sidang media: Rizman Ruzaini @rizmanruzaini Solekan: Epie Temerloh @epie_temerloh Jurufoto: Kaki Foto @kakifoto_ .

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour ini bakal bermula pada 21 Februari 2019 di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dan kemudian ke lokasi seterusnya di Singapore Expo, Singapura pada 21 Mac 2019.
Manakala peminat di Malaysia boleh menyaksikan konsert itu di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019.
Konsert itu juga akan menampilkan beberapa segmen iaitu etnik/tradisional, balada, carta unggul dan unplugged di mana semua muzik dihasilkan dan diaturkan semula oleh pemuzik Aubrey Suwito bersama band All-Star.
Selain itu, penyanyi Indonesia terkenal iaitu Tulus menjadi artis jemputan yang bakal membawakan lagu-lagu hits dan berkemungkinan penonton juga akan menyaksikan persembahan lagu duet bersama Siti sebelum lagu itu dilancarkan.
Tiket berharga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1295 (meet & greet) boleh didapati menerusi www.mytickets.asia bermula 26 Disember depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.