,
Hiburan

Mega! Suara Emas M Nasir Bergema Hiburkan 8,000 Penonton, Bukan Hanya Sekadar Konsert Tapi Jiwa Yang Diberikan

Mya Amri
14/08/2024
05:50 MYT
Mega! Itulah antara ayat ringkas paling sesuai yang dapat disimpulkan di konsert mestro muzik negara M. Nasir yang berlangsung di Axiata Arena pada 10 Ogos lalu.
Konsert Dato M N45IR Cipta itu boleh disifatkan sebagai hadiah yang menyenangkan halwa telinga peminat dengan suara emas penyanyi lagenda itu.

Bukan sekadar konsert, jiwa yang diberikan

Konsert yang memuaskan hati hampir 8,000 adalah sebuah pertunjukan yang mempunyai jiwa dalam setiap bait lagu dinyanyikan.
M Nasir yang sudah berusia 67 tahun tampil dengan rangkaian 30 buah lagu daripada lebih 3,000 karya magis yang pernah dihasilkan olehnya.
Pembukaan pentas begitu meriah dengan pemilihan lagu kegemaran ramai iaitu Raikan Cinta ternyata menaikkan lagi semangat penonton yang hadir.
Persembahan diteruskan lagi dengan seleksi lagu-lagu pembukaan seperti Bikin Filem, Tujuh Nafas Lagi, Senandung Semalam, Medley Dah Lagu Tu dan Oh Anak serta Hati Emas.

Sentuhan magis lagu-lagu medley

Dengan penampilan santai M Nasir, ditambah pula dengan sound sistem dan tata cahaya pentas yang bagus, konsert diteruskan lagi nyanyian lagu-lagu medley ciptaannya yang dihasilkan buat penyanyi lain.
M Nasir membawakan lagu-lagu hits ciptaannya seperti Cinta Kristal (Rahim Maarof), Seribu Tahun Takkan Mungkin (BPR), Senja Nan Merah (Ziana Zain & Datuk Awie), Senandung Semalam (Alleycats) dan Seragam Hitam (Kristal).

Sambut kelahiran PMX & hadiah pulut kuning

Istimewanya lagi, M Nasir dan pihak penganjur juga membuat kejutan dengan menghadiahkan pulut kuning semasa menyambut hari kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-77.

“Lagu ini istimewa saya tujukan kepada Anwar Ibrahim. Selamat hari lahir PMX. Saya bukan bagi kek ya tapi saya beri pulut kuning,” katanya sambil tersenyum.

Hadir bersama Perdana Menteri adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Kesihatan ,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Nurul Izzah.

Solidariti buat Palestin

Konsert kembali diteruskan dengan lagu Balada Seorang Teman yang didedikasikan khas sebagai tanda persahabatan diantara PMX dan Pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan Zionis di kediamannya, baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara emas ini juga mendedikasikan lagu Phoenix Bangkit buat seluruh rakyat Palestin yang diuji dengan peperangan.
Malah paparan skrin juga menayangkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti.

Penampilan istimewa Datuk Ramli MS

Hadir dengan memakai baju t-shirt hitam dan bertopi, siapa yang tidak kenal dengan figura terkenal, Datuk Ramli MS.
Dengan penampilan seringkas itu dan gaya berjalan yang santai menuju ke pentas sahaja pun sudah cukup membuatkan peminat bersorak.
Kehadiran Ramli MS merupakan sebagai penampilan khas di konsert tersebut bukan biasa biasa.
Pemuzik hebat ini juga turut bermain alat muzik akordion mengiringi persembahan bergenre tradisional menerusi lagu yang berjudul Hijab Kekasih.
M Nasir menyifatkan Ramli MS sebagai seorang sahabat baik yang sentiasa ada disepanjang perjalanan seninya.

ARTIKEL BERKAITAN:M Nasir Sambut Hari Lahir PMX Di Konsert - “Saya Bukan Bagi Kek,Tapi Pulut Kuning”

ARTIKEL BERKAITAN:PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

ARTIKEL BERKAITAN:Melly Goeslaw Sifatkan M Nasir ‘Berlian Harta Karun’ Malaysia, Seniman Sejati – “Saya Terharu Dia Hadir Ke Konsert Saya Yang Pertama”

ARTIKEL BERKAITAN:Terlalu Suka Berkarya, M Nasir Belum Ada Niat Bersara - “Selagi Dapat Rasa Nikmat Itu, Susah Nak Berhenti”

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 17 Tahun, M. Nasir Kembali Cipta Lagu Untuk OST Filem Imam! - "Munajat Bawa Maksud ..."

Sejujurnya, persembahan yang berlangsung selama tiga jam 30 minit itu langsung tidak dirasai oleh peminat.
Rata-rata yang hadir di konsert pada pada hari itu, membawa pulang seribu satu kenangan manis bersama idola mereka.
Konsert Dato M N45IR Cipta yang dibawakan khas oleh Icon Entertainment tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan-rakan artis antaranya Fauziah Nawi, Ella, Lan Solo, Musa Exists, Eddie Wings, Neves Pretty Ugly, Bunkface, Marsha, Ziana Zain, Misha Omar dan Melly Goeslow.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.