,
Viral

Meet & Greet Teme Di PBAKL2024 Undang Lautan Peminat, Siap Trending Di Platform X!

Gempak
02/06/2024
05:55 MYT
Teme Abdullah merupakan salah satu figura popular dalam bidang penulisan. Selain buku-buku tulisannya yang diminati, jejaka ini juga meraih perhatian ramai disebabkan wajah dan identiti sebenarnya masih belum didedahkan kepada khalayak.
Justeru, tidak hairan jika ratusan peminat membanjiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL2024) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur bagi bertemu dengan penulis kegemaran mereka secara empat mata. Sering kali memuat naik wajah yang disunting, kali ini, Teme hadir ke meet & greet yang diadakan di PBAKL2024 mengenakan sut verona hitam, lengkap dengan pelitup muka berona sama.
Teme juga melengkapkan gaya pada pertemuan tersebut dengan kaca mata gelap.
Meninjau perkongsian peminat di platform X, rata-rata berasa teruja dapat bertemu dengan Teme, apatah lagi berbual secara dekat dengannya.
Justeru, tidak hairan jika acara bertemu peminat yang diadakan oleh Teme itu telah mencetuskan perbualan hangat di Internet, sehingga trending di tempat pertama di platform X.
Terdahulu, Teme pernah mengadakan sesi bertemu peminat pada 2018.
Sebelum bergelar penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya iaitu London.
Dari situ, Teme terilham untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri selama bergelar mahasiswa di United Kingdom yang berjudul Pelukis Jalanan.
Menceritakan tentang seorang mahasiswa Malaysia yang menampung kos pengajiannya sendiri di London dengan menjadi seorang pelukis.
Sumber: Platform X, Teme Abdullah

ARTIKEL BERKAITAN: Solihin Tak Tidur 4 Tahun Kerana Telinga Berdesing

ARTIKEL BERKAITAN: Raisa Pernah Kerja Kedai Runcit, Gaji Pertama Buat Beli Telur & Minyak Masak

ARTIKEL BERKAITAN: The Experts Diserbu! Jadi Pilihan Warga Johor Untuk Ditonton Di Pawagam

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

gempak
20/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang infaq hanya membisu ketika diajukan soalan selepas selesai perbicaraannya di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.