- Potong 1-2 biji keledek oren dan 1 biji kentang menjadi tiga bahagian, kemudian rebus hingga empuk dan kisar halus.
- Kisar halus 4 ulas bawang putih dan 1 biji bawang merah besar.
- Basuh dan rendam 1 sb udang kering dengan air.
- Rebus udang dan simpan air rebusan. Asingkan kulit udang dan isi. Kulit udang dikisar bersama air rebusan, kemudian tapis dan ambil airnya.
- Kisar isi udang dengan udang kering sehingga halus, kemudian campurkan dengan air rebusan kulit udang.
- Goreng 1/2 cawan kacang tanah, kemudian kisar kasar.
- Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga garing. Masukkan 3-4 sudu besar cili kisar, 3 sb sos cili, 3 sb sos tomato, dan 2 sb serbuk kacang tanah. Kacau hingga garing.
- Masukkan air rebusan kulit udang dan isi udang, reneh selama 10 minit. Tambah 1 sb pes tomyam, puri kentang dan keledek. Tambah air secukupnya dan reneh selama 15 minit.
- Tambah 1-2 sb gula, garam secukup rasa, dan 1 ketul kiub ayam. Masukkan udang laut XL ke dalam kuah sehingga masak.
- Hidangkan mee bersama bahan hidangan dan tuangkan kuah. Siap untuk dihidang.
|