,
Berita

MCMC Siasat  Pelajar IPTA Dipercayai Jual Video Lucah Babitkan Adegan Diri Sendiri Di Platform X

Gempak
14/11/2024
09:55 MYT
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat aktiviti seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPT) yang dipercayai menjual kandungan melibatkan video lucah yang menampilkan adegan membabitkan dirinya sendiri di platform "X".
Dalam satu kenyataan pada Khamis MCMC memaklumkan pihaknya telah merakam percakapan pelajar lelaki berkenaan selepas membongkar kegiatan itu hasil pemantauan dan risikan yang dijalankan berdasarkan aduan awam.
"Siasatan awal MCMC mendapati kegiatan suspek bermula sejak 2021 dengan beliau memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.
"Modus operandi suspek kemudiannya berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita yang dikenali, dan memperoleh sehingga lebih 100,000 pengikut di platform X," menurut kenyataan itu.
MCMC memaklumkan pelajar berkenaan menjadikan penjualan video lucah sebagai sumber pendapatan, dan hasil pendapatan bulanannya mencecah sehingga RM3,000 dengan anggaran harga sehingga RM150 bagi setiap satu video.
Hasil pemeriksaan di sebuah premis di Shah Alam, MCMC berkata pasukan penguatkuasaan MCMC telah menyita satu unit telefon bimbit serta kad sim dipercayai milik suspek yang digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut, bagi membantu siasatan.
"Turut diambil keterangan adalah rakan suspek, seorang wanita yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)," menurut kenyataan itu.
MCMC berkata tindakan menjual video lucah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) dan sekiranya disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
"Orang ramai digesa melaporkan sebarang kegiatan menyebar dan menjual kandungan lucah di mana-mana platform media sosial kepada MCMC untuk tindakan penguatkuasaan selanjutnya," menurut kenyataan itu.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA Akan Dinaikkan Kepada Kumpulan Kaya

gempak
18/10/2024
12:25 MYT
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Bukit Aman Minta Bantuan MCMC Sekat Maklumat Kononnya Fakta

gempak
14/06/2024
06:22 MYT
Bukit Aman akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial, semalam.
Hiburan

“Ibarat Macam Berbual, Tapi Itu Bukan Saya” - Jadi Sasaran Scammer, Aaron Aziz Buat Laporan Polis & Aduan MCMC

gempak
31/03/2024
07:51 MYT
Jangan tertipu, itu bukan Datuk Aaron Aziz.
Gempak Most Wanted

#GMW: “Saya Takut… Dia Asyik Mesej Ayat & Video Lucah…” - Acacia Diana Dedah Kisah Penuh Diganggu Lelaki Gila Seks

gempak
09/08/2023
10:05 MYT
Saksikan cerita penuh di Gempak Most Wanted malam ini.
Laman Utama

“Desperate Sangat Ke? Saya Tak Maafkan” - Rosyam Nor Kesal Wujud Akaun Palsu Guna Gambar Keluarga, Sudah Lapor Pada MCMC

gempak
18/01/2023
05:00 MYT
Tindakan tak bermoral!
Unitar