Berita
MBPJ Anjur 37 Program Sempena Ulang Tahun Ke-18, Aisha Retno, Black, Santesh Antara Artis Yang Bakal Turun Padang!
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 20 Jun lalu meraikan ulang tahun ke 18 pengiktirafan status bandar raya.
BERITA TRENDING: MBPJ Beri Ganjaran RM3 Untuk Seekor Tikus Yang Ditangkap
BERITA TRENDING: What Should You Do If You See A Blocked Parking Lot After 6.30pm? We Ask A MBPJ Officer!
BERITA TRENDING: If You Get A Summons, It Might Not Be From MBPJ But From Ah Longs Instead
BERITA TRENDING: THSS: Alami Masalah Teknikal Ketika Persembahan, Aisha Retno Mohon Maaf - "Saya Tak Nak Salahkan Sesiapa, Mungkin ..."
Sebagai hadiah kepada seluruh warga Petaling Jaya kali ini, MBPJ mengumumkan penganjuran sebanyak 37 aktiviti dan program sepanjang bulan ini.MBPJ dalam kenyataan berkata, objektif penganjuran acara itu untuk mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa itu dengan rakyat khususnya di Petaling Jaya.
Selain itu, ia juga bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti dari segenap peringkat bertepatan dengan tema sambutan ‘Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia’ pada tahun ini.
“MBPJ komited dalam mempertingkatkan usaha memberikan perkhidmatan terbaik dan berusaha menjayakan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan warga bandar raya Petaling Jaya.
“Daerah ini juga dianugerahkan sebagai ‘Bandar Paling Bahagia 2024’ sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (Happiness Index) Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Bahagia Bersama Malaysia MADANI’,” katanya.
PJ International Folklore Festival 2025
Kemuncak sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Petaling, MBPJ akan mengadakan Majlis Perasmian Ulang Tahun Petaling Jaya 2024 dan Promosi ‘Petaling Jaya International Folklore Festival 2025’ di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin pada 29 Jun ini.Antara pengisian dalam pada program itu adalah pertandingan perarakan yang mempertandingkan dua kategori iaitu Majlis Perwakilan Penduduk dan kategori terbuka melibatkan agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan institusi pengajian tinggi swasta.
Hampir 400 orang peserta dijangka menyertai perarakan itu dengan jumlah keseluruhan 13 penyertaan berpasukan untuk merebut tempat pertama yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta sijil dan plak.
Acara kemuncak ini akan diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh artis tanah air seperti Fahimi, Victoria Ng, Santesh, Black Mentor, Aisha Retno dan pertunjukan bunga api.
Must-Watch Video