,
Viral

Mbah Benu Minta Maaf Dakwa Telefon Allah Untuk Raya Awal, Kata Istilah Kerohanian

Maliah Surip
06/04/2024
14:09 MYT
Pemimpin Jemaah Masjid Aolio, Raden Ibnu Hajar Pranolo atau Mbah Benu tampil memohon maaf dan menjelaskan maksud kenyataan dirinya telah menelefon Allah untuk menentukan hari raya Aidilfitri.
Mbah Benu menjadi sensasi sejak merayakan 1 Syawal bersama pengikutnya di Jogjakarta semalam.

BERITA TRENDING: Rai Syawal Awal, Imam Dakwa Sudah Telefon Allah: “Allah SWT Kata 5 Jumaat”

Dia kemudian menimbulkan kontroversi apabila video pengakuannya menelefon Allah SWT untuk mendapatkan persetujuan menyambut 1 Syawal pada 5 April 2024 iaitu lima hari lebih awal daripada semua umat Islam di seluruh dunia.
Selepas kenyataannya yang berbunyi : “Saya tidak pakai perhitungan, saya telefon langsung kepada Allah Ta'ala. Ya Allah, kelmarin tanggal 4 (April), malam 4, ya Allah ini sudah 29 (Ramadan), 1 Syawalnya bila, Allah Ta'ala (berkata), Jumaat tanggal 5," menjadi tular, Mbah Benu kini tampil memohon maaf.

PILIHAN PEMBACA: Masyarakat Di Yogyakarta Sudah Sambut Aidilfitri Hari Ini, Dakwa Ada Pengikut Di Malaysia

Menurut Mbah Benu, kenyataan yang dikeluarkan hanya satu istilah. Dia juga berkata mempunyai hubungan batin dan perjalanan kerohanian tersendiri untuk berhubung dengan Allah SWT.
"Terkait pernyataan saya tentang istilah menelefon Allah SWT itu sebenarnya hanya istilah.
“Ia sebenarnya adalah perjalanan spiritual saya, hubungan batin dengan Allah SWT," kata Mbah Benu dalam video terkini seperti dilaporkan CNNIndonesia.
"Apabila pernyataan saya menyinggung atau tidak elok, saya mohon maaf sebesar-besarnya kepada semua pihak," katanya lagi.
Terdahulu kisah Jemaah Masjid Aolia melaksanakan solat sunat Aidulfitri pada 5 April 2004 menjadi perhatian masyarakat dunia. Pengikut mereka sudah berhari raya selepas menjalani ibadah puasa juga lebih awal berbanding umat Islam di seluruh dunia iaitu pada 7 Mac 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.