GAYA HIDUP
Maybelline Perkenalkan Koleksi Sunkisser Liquid Highlighter Blush, Henry Moodie & DOLLA Meriahkan Suasana SUNKISSER LIVE!
Jenama solekan, Maybelline Malaysia melancarkan Sunkisser Liquid Highlighter Blush di SUNKISSER LIVE! yang berlangsung di Rooftop Garden, LaLaport BBCC pada minggu lalu.
Acara yang menyatukan Mekap, Muzik dan Magis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan artis antarabangsa dan tempatan seperti Henry Moodie, DOLLA dan ramai lagi.
Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L’Oréal Malaysia dan Singapura, Ashlee Ng percaya kecantikan bukan sekadar solekan—ia adalah keyakinan yang mengiringi anda sepanjang hari.
“Inovasi kami direka untuk menjadi teman terbaik setiap wanita, membolehkan mereka mengekspresikan diri dengan bebas dan menghadapi apa jua cabaran.
“Hari ini, Maybelline terus membawa kejutan dengan trend kecantikan terkini, memberi peluang tanpa had kepada pengguna untuk bereksperimen, meneroka dan berkarya mengikut gaya mereka sendiri. Jadi, tidak hairanlah salah satu slogan paling berkuasa di dunia masih utuh hingga kini – Maybe she’s born with it, maybe it’s Maybelline,” katanya menerusi satu kenyataan.
Bukan itu sahaja, SUNKISSER LIVE! turut memperkenalkan kedai TikTok fizikal pertamanya di Malaysia — satu pengalaman beli-belah imersif yang membolehkan peminat kecantikan meneroka, mencuba dan memperoleh inovasi terkini Maybelline dengan mudah.
Zon solekan ini turut menjadi platform bagi pencipta konten, rakan kongsi dan para peminat untuk berkongsi bagaimana solekan memainkan peranan yang penting dan transformatif dalam ekspresi diri mereka.
Sebagai jenama solekan No. 1 di dunia, Maybelline terus menerajui inovasi dengan produk berprestasi tinggi, yang sudah tentunya termasuk Sunkisser Liquid Highlighter Blush!
Dirumus khas untuk pencintakecantikan yang mahukan keserian semula jadi, blush dan highlighter ini ringan, boleh disesuaikan intensitinya, dan mudah sebati dengan kulit untuk memberi kesan ‘ciuman matahari’ selama 12 jam.
Malah, ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit berminyak dan berjerawat. Ditawarkan dalam tujuh rona menarik, inovasi terkini ini dicipta untuk melengkapi tona kulit rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan warisan Maybelline sebagai jenama solekan harian yang dipercayai.
Must-Watch Video