,
Hiburan

Maya Karin Raya Cara Sederhana - “Rumah Pun Tengah Renovate, Banyak Debu”

Mya Amri
08/04/2024
07:49 MYT
Pelakon, Maya Karin memilih untuk menyambut perayaan Aidilfitri secara bersederhana tahun ini.
Menurut Maya, dia belum bersedia untuk menerima kunjungan tetamu memandangkan kediamannya juga masih dalam proses pengubahsuaian.
“Sambutan raya sangat ringkas sebab tahun ini saya tengan mengubahsuai rumah tapi secara besar besaran. Dapur juga baru sahaja dirobohkan, jadi saya tidak ada dapur sekarang.
“Rumah pula penuh dengan debu, yang selamat hanyalah bilik tidur sahaja, yang lain tu jangan langkahlah. Memang tak sempat siap sebelum raya,” katanya kepada Gempak.
Maya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Filem The Experts yang berlangsung di Glenmarie Hotel & Golf Resorts, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Raya sendirian

Mengulas lanjut mengenai raya, Maya berkata dia akan beraya di Kuala Lumpur manakala ibu dan adiknya pula bakal bercuti ke luar negara iaitu Tunisia.
“Kebetulan ibu dan adik saya pun akan bertolak pergi bercuti pada malam hari raya pertama untuk berjumpa dengan adik lelaki saya di Tunisia.
“Saya tak dapat ikut tetapi tak mengapa, hari raya pertama mungkin sempat beberapa jam bersama mereka sebelum mereka bertolak.
“Saya okay sahaja kerana ada sepupu dan juga saudara mara di Sri Kembangan jadi saya akan beraya bersama mereka,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Tipulah Kalau Tiada Pasang Surut Dalam Hubungan” - Maya Karin & Jejaka Perancis Masih Berkawan Rapat

The Experts

Dalam perkembangan terkini, Maya akan muncul dengan sebuah filem aksi heist tempatan tahun ini bertajuk The Experts.
Filem yang turut dijayakan oleh Mimi Lana, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Tony Eusoff, dan Ray Dap Dap ini bakal menemui penonton pada 23 Mei ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.
Hiburan

Teruja Nak Kembali Jadi ‘Duyung’, Maya Karin Akui Bukan Mudah Nak Bawa Watak Ikonik - “Orang Luar Tak Nampak, Mereka Hanya Melihat…”

gempak
05/09/2024
21:55 MYT
Bakal kembali menjadi duyung selepas 16 tahun, pelakon Maya Karin meluahkan rasa teruja untuk menjalani penggambaran filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ pada 13 September depan.
Hiburan

Saiful Apek Dedah Detik Cemas Maya Karin Hampir Lemas, Mata Masuk Air Laut & Klip Rambut Pula Tersangkut Pada Jaring - “Saya Yakin Insiden Itu…”

gempak
04/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak Saiful Apek mendedahkan aktres Maya Karin hampir lemas ketika melakukan babak dalam air sewaktu penggambaran filem Duyung pada 16 tahun lalu.