,
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

Mya Amri
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.

Tak mahu menyanyi, suka mengacara

Bagaimanapun kata Mawi, 43, Cahaya yang kini berusia 12 tahun tidak minat menyanyi sebaliknya lebih menunjukkan bakatnya ke arah bidang pengacaraan.

“Dia tidak mahu menyanyi tetapi saya nampak dia suka mengacara. Dengan muka yang selamba, gaya bersahaja dan petah bercakap, saya lihat bakatnya ke arah itu.

“Saya tiada masalah jika dia memilih untuk menceburi bidang seni cuma saya cakap dengan dia nak jadi artis, jadilah artis yang baik, itu sahaja,” kata Mawi ketika ditemui Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN:7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

ARTIKEL BERKAITAN:Izinkan Kisah Disihir Jadi Filem, Ustaz Kazim Nafi Guna Tragedi Gelap Sebagai Marketing - "Tak Berlakon Pun Orang Kenal Saya"

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Nampak Kiamat" - Mawi Kongsi Fasa Dibenci, Terima Pelbagai Surat Dari 'Haters'

ARTIKEL BERKAITAN:Mawi Kongsi Momen Ketika Menjadi Fenomena Satu Malaysia - “Ada 40 Orang Bodyguard..”

Ramai suka lihat anak live di TikTok

Dalam pada itu, Mawi juga berkongsi anaknya juga gemar melakukan sesi siaran langsung di TikTok bersama dengannya.

“Dia yang buat dan ajar saya main TikTok, kita pula zaman Facebook dan Instagram. Saya tak sangka impak TikTok ini lagi dasyat sebenarnya.

“Dia jugalah yang mengajar saya untuk membuat live dan sebagainya. Kalau saya buat live sorang-sorang tak ramai yang tengok.

“Sebab pada saya TikTok ini generasi baharu jadi bila Cahaya ada, penonton pun ramai. Orang nak tengok anak Mawi agaknya.
“Tapi kalau saya buat live di Facebook dan Instagram, jumlah tontonan okay sebab kita sudah ada pengikut yang tegar di situ,” ujarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Mawi bakal mengadakan Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 25 Januari depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar