,
Hiburan

“Mata Tokti Penuh Tersirat 11 Saat Simbolik 11 Tahun Tunggu Kehadiran Siti Aafiyah,” - Muzik Video Kuasa Cintamu Buat Peminat Sebak

Hanafis Haris
02/12/2020
07:00 MYT
Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencetuskan fenomena apabila melancarkan muzik video baru berjudul Kuasa Cintamu.
Tambah menarik, muzik video berkenaan dilancarkan pada tarikh sama selepas Siti atau lebih mesra disapa Tokti mengumumkan kehamilan keduanya semalam.
BACA: Siti Nurhaliza Umum Hamil 4 Bulan
Menerusi kenyataan dikeluarkan Universal Music Malaysia, lagu ciptaan Melly Goeslow dan lirik tulisan bersama Tokti itu menjadi video muzik ke-7 dari album ‘ManifestaSITI2020’.
Bagi menterjemah secara visual maksud di sebalik lirik lagu ini, pengarahnya, Adriana Tunku memfokuskan cerita perjalanan hidup Tokti dari zaman kelahirannya sehingga dikurniakan cahaya mata sendiri, Siti Aafiyah.
Menurut Adriana, Kuasa Cintamu sarat dengan emosi yang bercerita tentang cinta yang bersifat universal.
“Boleh merujuk kepada beberapa bentuk cinta yang ada dalam kehidupan kita, cinta kepada Tuhan, cinta kepada pasangan, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada keluarga dan cinta kepada anak.
“Bagi menggambarkan perjalanan berterusan dalam kehidupan Tokti, kami merakam keseluruhan video muzik ini dalam satu urutan tanpa sebarang gangguan.
“Teknik penggambaran sekali rakam ini, memerlukan perancangan yang rapi kerana ia dirakam dari perspektif satu kamera dalam satu masa dan ruang yang sama.
“Setiap butiran kecil melibatkan apa-apa perubahan di hadapan lensa kamera perlu dirancang rapi agar penonton tidak menyedari apa yang berlaku di belakang lensa kamera. Untuk mendapatkan ‘shot’ yang sempurna, kami terpaksa melakukannya berulang kali,” katanya.
Menurut Tokti pula, menghasilkan muzik video Kuasa Cintamu merupakan satu pengalaman baru kerana menjayakan penggambaran dalam satu urutan tanpa henti.
“Pada masa sama, saya perlu menukar persalinan dalam masa beberapa saat sahaja.
“Kami mencuba beberapa kali dan akhirnya pihak pengarah mengambil hasil yang terbaik daripada penggambaran tersebut.
“Siti Aafiyah juga turut menyerikan video ini dan saya mendedikasikan video ini buat anakanda saya,’’ katanya.
Sementara itu menerusi komen di YouTube, rata-ratanya tersentuh dengan penyampaian muzik video berkenaan.
Kisah perjalanan karier penyanyi kesayangan ramai itu membuatkan kebanyakan peminatnya sebak.
“This song story about Aafiyah..kehadiran mu seperti tidak mungkin bisa terjadi, omg so touch, buat ibu jatuh cinta lagi,” kata seorang netizen.
“Suke la part mata tokti, penuh tersirat 11 saat adalah simbolik pada 11 tahun menunggu kehadiran Siti Aafiyah,” kata seorang lagi netizen.
Sehingga artikel ini ditulis, muzik video berkenaan telah ditonton sebanyak 210,000 kali.
Video muzik rasmi Kuasa Cintamu boleh dilayari di saluran YouTube Siti Nurhaliza manakala album ManifestaSITI2020 boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27

gempak
06/07/2024
06:04 MYT
Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, berjaya merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist menerusi pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Tidak Kejar Gelaran Biduanita, Hanya Berkarya Demi Peminat - "Saya Tak Terlalu Fikirkan Tentang Ganjaran"

gempak
02/04/2024
12:55 MYT
Setelah meraih pelbagai kejayaan hebat sepanjang 28 tahun karier dipersada muzik tanah air, orang ramai kini merasakan sudah tiba masanya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan gelaran biduanita negara. Mengulas lanjut perkara tersebut, Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap ge
Viral

Selamba Pergi Pasar Malam, Netizen Puji Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza - “Humble Betul, Senyum Jer Dekat Orang Kampung...”

gempak
11/02/2024
04:55 MYT
Datuk Siti ni sentiasa humble
Laman Utama

“Siap Letak Secret Code” – Akaun Tiktok Siti Nurhaliza Kena Hacked?

gempak
11/07/2023
05:50 MYT
Alamak.
Laman Utama

Dibandingkan Dengan Siti Nurhaliza, Ini Pesanan Aina Abdul - “Bawa-Bawa La Bertaubat…”

gempak
15/04/2023
03:50 MYT
Tak perlulah bandingkan Aina dengan Tokti...