,
Laman Utama

Mat Kilau, Imam Tayang Di Namibia, Terima Respons Positif

Gempak
09/11/2023
13:45 MYT
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Windhoek, Namibia, pada Isnin menganjurkan Promosi Hari Filem Malaysia yang pertama di negara Afrika Selatan itu dengan menampilkan tayangan dua filem terkenal, 'Imam' dan 'Mat Kilau ,' di pawagam Franco Namibian Cultural Centre (FNCC).

BERITA TRENDING: Adi Putra Dedah Status Dalam Prekuel Filem Mat Kilau - "Salah Beri Harapan Palsu..."

Suruhanjaya Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua filem dengan sari kata bahasa Inggeris itu mendapat reviu baik daripada penonton Namibia kerana ia menerapkan semangat patriotisme dan nilai-nilai murni.
Kenyataan itu juga menekankan bahawa filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin yang berterusan menentang pendudukan Israel.
"Lebih-lebih lagi, ia mencerminkan semangat kepimpinan serta semangat juang menentang penindas - sama dengan senario semasa rakyat Palestin ditindas oleh Israel," menurut kenyataan itu.
Semasa berucap pada majlis itu, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Namibia, Datuk Dr Mohamad Rameez mengambil peluang menjelaskan mengenai isu Palestin serta menyuarakan harapan agar rakyat Namibia akan memberi sokongan terhadap perjuangan Palestin.
Acara itu menggamit kehadiran lebih 100 peserta, termasuk tokoh terkenal seperti Datuk Bandar Windhoek City Joseph Uapingene dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Namibia Salmaan D Jacobs. Diplomat asing dan 45 pelajar dari Universiti Limkokwing Namibia turut hadir.
Ekspatriat Malaysia yang menetap di Namibia, khususnya dari Windhoek dan Luderitz turut hadir. Pada masa ini terdapat lebih 40 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Namibia, kebanyakannya dalam sektor cari gali minyak.
Selain tayangan filem, para penonton turut dijamu dengan hidangan Malaysia yang lazat, bertujuan mempromosikan hidangan kulinari negara kepada penduduk tempatan.

PILIHAN PEMBACA: Menang Pelakon Pembantu Terbaik FFM32, Beto Kusyairy; "Gayat Juga Atas Pengiktirafan Setinggi Ni..."

Suruhanjaya Tinggi menegaskan bahawa promosi ini selaras dengan inisiatif budaya dan promosi yang diterajui oleh Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam Wisma Putra. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar