,
Hiburan

"Masuk Rumah Dia Rasa Lain" - Terkesan Nenek Sudah Meninggal Dunia, Zizan Razak Jarang Balik Beraya Di Terengganu

Asyikin Mayudin
12/04/2024
01:55 MYT
Pelakon dan pengacara Zizan Razak mengakui dia lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama ibunya ketika Hari Raya Aidilfitri selepas pemergian arwah nenek pada 2020.
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya
“Memang dah beberapa tahun saya tak balik kampung. Selepas pemergian nenek saya, saya banyak duduk di KL. Tapi kalau balik pun mungkin untuk berjumpa bapa saya di Terengganu.
“Cuti saya tak lama, jadi sudah tentu saya akan luang masa bersama ibu di rumah untuk raya kali ini. Bagi saya, raya ini la waktu saya berehat dan ada masa dengan keluarga.
“Memang banyak tahun saya duduk rumah saja ketika raya. Saudara mara pun beraya di Terengganu, saya saja di KL. Mungkin lepas raya, saya akan balik kut,” katanya kepada Gempak.

Pemergian Nenek Beri Impak Dalam Perubahan Sambutan Raya

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo ini turut memberitahu pemergiaan arwah neneknya juga memberi impak yang besar dalam perubahan sambutan hari raya.
“Dari sebelum Covid dan nenek meninggal pada 2020, saya rasa perubahan raya sangat luar biasa. Saya balik rumah arwah nenek di Terengganu pun, saya masuk rumah dia rasa lain.
“Selepas arwah nenek tak ada, saya dah tak beraya sangat. Lebih banyak berehat saja. Pemergiaan nenek memberi impak besar kepada saya dan ibu saya.
“Kita memang dah tak beraya seperti dahulu. Banyak kenangan di rumah arwah, Dungun sebab saya lahir dalam bilik arwah. Saya lahir di Dungun tapi membesar di Terengganu tapi setiap hujung minggu balik Dungun.
“Saya memang luangkan masa dengan nenek sampai besar tapi bila dah jadi artis agak renggang sikit sebab saya sibuk, itu buat saya agak terkilan,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Hadiahkan Ibu Kereta Mewah, Zizan Razak Tak Ada Niat Nak Menunjuk – “Material Bukan Keutamaan”

BERITA TRENDING: Ibu Menangis, Zizan Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Mercedes Idaman - “Terus Sebak…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar