gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Siti Nurhaliza Bakal Lancarkan Album Tradisional Hujung Tahun Ini - "Selepas Konsert Saya Akan..."
HIBURAN
DSV ‘Kenenkan’ Cik B Dengan Anak Aliff Syukri, Ini Respon Tuan Badan - “Astaghfirullahalazim, Selamatkan Aku!”
HIBURAN
"Lima Tahun Ni Saya Tempuh Macam-Macam, Baru Lalui Fasa Patah Hati Teruk!" - Aisha Retno
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Masih Terkial Buka Buah Durian? Ikut Tiga Langkah Mudah Ini!

Azwa Rahman
Azwa Rahman
09/07/2019
09:26 MYT
Sponsor Banner
Masih Terkial Buka Buah Durian? Ikut Tiga Langkah Mudah Ini!
Musim durian kembali, media sosial dipenuhi gambar enak isi kuning raja buah Asia Tenggara ini.
Antara jenis durian yang menjadi kegemaran ramai sudah tentunya Musang King, durian kampung, durian 101, D24 dan Udang Merah.
Selain makan sepuasnya di gerai durian, tidak kurang juga yang gemar menikmatinya di rumah.
Namun, pasti ada yang belum tahu cara yang betul dan senang untuk membuka buah durian.
Ikuti tiga langkah mudah ini, dijamin isi durian cantik dan tidak hancur.
Sebelum itu, pastikan anda pakai sarung tangan ataupun kain untuk tujuan keselamatan.
1. Potong tangkai durian
Jika durian yang anda beli masih mempunyai tangkai, potong keseluruhan tangkai tersebut supaya ia senang diletakkan secara menegak di atas lantai.
2. Cucuk pisau di tengah garisan
Tidak semestinya menggunakan parang, anda boleh membuka buah durian dengan menggunakan pisau dapur yang biasa asalkan ia tajam.
Pegang durian dengan bahagian bawahnya mengadap anda dan bahagian tangkainya tadi di bawah. Ada lima garisan di tengah durian, cucuk pisau dan kopek ke belah kiri atau kanan anda. 3. Guna kekuatan tangan
Apabila anda lihat hujung durian telah terbuka, letak pisau dan disinilah kekuatan tangan anda diperlukan.
Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, pegang kulit durian dan kopek tengahnya sehingga ia terbuka sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#Durian
#Makanan
#Musim
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement