gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ibu Gajah Mungkin Kembali Ke Lokasi Anaknya Mati - Perhilitan
BERITA
Tikam Remaja Kerana Tidak Suka Tengok Orang Berdua-Duaan
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Izzat Ibrahim Cantas Kedudukan Daniel Sher, Peluang Kedua Buat Ariel Fesol
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Masih Sakit ‘Menahan Rindu’, Wany Hasrita Sentiasa Doa Dapat Tinggal Bersama Suami - “Kita Pujuk Hati Sebab…”

gempak
Asyikin Mayudin
11/05/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Masih Sakit ‘Menahan Rindu’, Wany Hasrita Sentiasa Doa Dapat Tinggal Bersama Suami - “Kita Pujuk Hati Sebab…”
Biarpun sudah terbiasa berjauhan dengan suami, penyanyi Wany Hasrita bagaimanapun mengakui sehingga kini bukan mudah untuknya menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ).

Percaya pengorbanan

Reda dengan ketentuan dan perancangan Allah, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata dia percaya pengorbanan suaminya adalah demi tanggungjawab terhadap keluarga.

“Tipulah kalau saya kata tidak sakit menahan rindu. Tapi saya dah terbiasa. Semuanya adalah aturan Maha Esa. Kita pujuk hati sebab tahu semua ini bukan demi dunia semata-mata.

“Ada tanggungjawab, ada pengorbanan yang perlu diberi keutamaan. Jadi, untuk soalan PJJ tu, Alhamdulillah, saya dah belajar terima,” katanya kepada Gempak.

Luang masa bersama

Menurut penyanyi berusia 32 tahun itu, dia dan anaknya akan bertemu dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas sebagai juruterbang di Sarawak setiap kali mempunyai kesempatan.

“Bila ada ruang dan masa, saya balik Sarawak. Itu memang rutin saya. Tak semestinya aktiviti besar pun. Jalan-jalan pun cukup. Kawasan rumah suami saya luas, ada rumput.

“Suami pula suka ‘grounding’ bersama anak dan saya pun ikut. Itulah waktu tenang kami,” ujarnya.

Harapan & doa

Dalam pada itu, penyanyi lagu Jahat ini tidak pernah putus harapan untuk berdoa agar suatu hari nanti dia dan anak perempuan mereka iaitu Aisyah Al Iman dapat tinggal bersama suami.
“Untuk tinggal bersama itu mestilah ada perancangan malah setiap kali solat, saya doa agar Allah bagi jalan yang baik.

“Rezeki pekerjaan, ruang untuk tinggal bersama, semua itu saya mohon supaya dapat hidup sebumbung dengan suami.

“Namun macam saya cakap tadi, kita percaya kepada ketentuan tuhan, Dia tahu yang terbaik untuk kita,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita Dalam Fasa ‘Mom Guilt’, Sentiasa Curi Masa Untuk Bersama Anak - “Mungkin Dia Tak Faham Sangat Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita Teruja Lancar Lagu Raya Baharu ‘Raya Telah Tiba’ - “Lagu Ini Sangat Straightforward”

Untuk rekod, Wany dan suami mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aishah Al Iman yang kini berusia hampir dua tahun.
Topic Berkaitan
#Wany Hasrita
#Menahan Rindu
#Suami Wany
Must-Watch Video