HIBURAN
Masih Belum Terjual, Banglo Sajat Turun Harga Lagi Kali Kelima!
Disebabkan masih gagal mendapatkan pembeli, harga banglo milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diturunkan lagi bagi kali kelima, semalam.
Menurut ejen hartanah dikenali sebagai Ishaq Marazi, nilai banglo yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya itu pada kali ini adalah termurah iaitu sebanyak RM3.41 juta berbanding lelongan pertama, RM5.2 juta.
Katanya, lelongan banglo berkenaan dengan harga terkini itu akan dilakukan pada 25 Ogos depan.
“Lelongan kelima! Rumah Nur Sajat untuk dilelong lagi. Lelongan pertama RM5.2 juta. Kali ini harga lagi murah iaitu RM3.411 juta, termurah setakat ini.
“Dulu selepas berhijrah ke Australia, Nur Sajat nak jual rumah ni RM9 juta lebih. Banglo dua tingkat di Selangor Polo & Country Club, Seksyen 10, Petaling Jaya,” katanya di media sosial.
Dua tahun lalu, banglo itu pernah dilelong Nur Sajat yang berhijrah ke Australia sejak Oktober 2021 pada harga RM9.5 juta, namun tiada pembeli.
Nur Sajat kemudian menawarkan harga baharu bagi banglo mewahnya iaitu RM7 juta, namun masih belum dibeli oleh mana-mana pihak.
Banglo itu pada asalnya milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dan kemudian dibeli Nur Sajat pada tahun 2017 pada harga RM7.5 juta.
Must-Watch Video