Laman Utama
Masih Belum Sihat Akibat Demam Denggi, Anna Jobling Tak Tahu Bila Boleh Keluar Hospital
Nampaknya, pelakon Anna Jobling terpaksa menghabiskan minggu-minggu terakhir Ramadan di hospital gara-gara dijangkiti demam denggi.
Anna berkata yang dia kini berada dalam keadaan stabil dan masih dalam pantauan doktor di hospital. Namun, peserta Dewi Remaja itu bagaimanapun tidak tahu bilakah dia akan dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor.
“Sebenarnya, saya dah mula rasa tak sedap badan dan demam sejak minggu lalu… kemudian ruam-ruam merah mula naik ke badan manakala suhu pula semakin tinggi.
“Apabila buat ujian, saya didapati negatif. Namun, sehari kemudian, buat sekali lagi, saya didapati positif demam denggi.
“Buat masa ini, saya sendiri tak tahu bilakah saya akan discharged. Dan tak pasti jika sambutan raya pada minggu hadapan akan terjejas atau tidak,” katanya kepada Gempak.
Kini dirawat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, Anna meminta agar didoakan kesembuhan dengan segera agar dia dapat menyambut hari raya bersama keluarga.
“Saya harap saya akan pulih seperti sedia kala sebab dah nak raya kan… Saya sendiri tak sabar nak sambut lebaran dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Anna sedang menjalani penggambaran bagi drama bersiri baharu berjudul Melur Untuk Firdaus.
Must-Watch Video