,
Laman Utama

“Masa Tu Tiada Niat Nak Sorok Kehamilan Cuma…”- Ezzaty Abdullah Rasa Bersalah Shooting The Maid 2 Tertangguh Setahun

Syafiqah Jalal
06/07/2022
07:13 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah akui tiada niat menyembunyikan kehamilan anak keduanya ketika menjalani penggambaran drama Gempak Original Series, The Maid 2, tahun lalu.
Kata Ezzaty ketika itu kandungannya masih terlalu kecil dan yakin sempat menyiapkan penggambaran itu tanpa ada masalah.
“Sebenarnya masa mula-mula penggambaran The Maid 2 saya baru dapat tahu ketika itu hamil 4 minggu.
“Masa tu tiada niat nak sorok kehamilan cuma nak beritahu produksi pun kandungan saya masih terlalu awal.
“Jadi saya teruskan seperti biasa, tiba-tiba penggambaran tertangguh pula disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua tahun lalu,” katanya kepada Astro Gempak.
Penggambaran The Maid 2 ditangguhkan selama setahun dan produksi kembali ke set menyelesaikan sisa penggambaran pada Mei baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ezzaty akui ada rasa bersalah kerana dia antara salah satu sebab penggambaran itu tertangguh.
“Bila nak shoot balik ketika itu saya dah hamil 4 bulan dan perut masih kecil cuma ada isu vaksin pula untuk pelakon yang hendak menjalani penggambaran. Saya tak dapat vaksin kerana kandungan masih kecil.
“Ditambah pula ketika itu Marsha kena Covid-19 serta jadual pelakon lain yang penuh jadi ia tertangguh begitu lama.
“Saya rasa bersalah juga ketika itu sehingga reda sahaja jika produksi mahu menggantikan orang lain untuk membawakan watak saya ketika itu.
“Namun produksi memahami dan menunggu saya sehingga bersalin dan selesai berpantang untuk sambung sisa penggambaran,” ceritanya.
The Maid 2 akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai hari ini, 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Selain Ezzaty drama yang diarahkan bersama oleh Michael Ang dan Hadith Omar itu turut dibintangi oleh Datin Seri Paduka Eina Azman, Sherry Alhadad, Ieda Moin, Nabil Aqil dan Norman Hakim. Musim terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.
The Maid 2 bakal menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.
Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.
Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.
Khas untuk pelanggan Astro, mereka berpeluang menyaksikan dua episod pertama secara serentak, juga pada 6 Julai 2022 mulai jam 9.30 malam secara strim menerusi On Demand. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati siri komedi ini di Astro.
Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05 mulai 6 Julai. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar