,
Sukan

"Masa Musuh Terbesar Saya" - Dhabitah Sabri Percaya Tuhan Ada Perancangan Terbaik, Rindu Pelukan Suami & Keluarga

Amri Hassan
09/08/2024
23:55 MYT
"Masa musuh terbesar saya," demikian kata-kata penerjun berpengalaman negara, Dhabitah Sabri menerusi hantarannya di Instagram usai menamatkan episod Paris 2024 dengan menduduki tangga tercorot final tiga meter (m) papan anjal di Pusat Akuatik Olimpik Paris.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hadir Sebagai Wild Card, Dhabitah Muncul Penerjun Ke-12 Terbaik Dunia

Kata Dhabitah, dia bagaimanapun bersyukur dengan apa yang telah digapai sepanjang kembaranya di Olimpik Paris 2024.
"Saya bersyukur dengan apa yang telah saya capai sepanjang Sukan Olimpik ini. Dari tidak layak semasa Kejohanan Dunia di Doha hingga ke peringkat akhir di Sukan Olimpik 2024.
"Saya telah lakukan segalanya, memberikan semua tenaga dan kekuatan saya untuk memastikan saya bersedia, tetapi masa adalah musuh terbesar saya.
"Terdapat banyak lagi perkara yang patut saya syukuri," tulisnya.
Dhabitah turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya demi memastikannya berada dalam keadaan terbaik untuk bertanding.
"Terima kasih atas segala sokongan. Saya sangat menghargai semua mesej dan dorongan. ISN (wira tanpa nama kita), MSN, MAS, KBS, rakan sepasukan, jurulatih, dan kawan-kawan.
"Kepada jurulatih @putra_arz, terima kasih atas segalanya. Kita telah lakukan apa yang mampu dengan masa yang terhad, kita ikuti setiap program latihan yang dirancang, jadi marilah kita bergembira dan terus maju.
"Kepada keluarga saya, saya sayang kamu semua, terima kasih kerana sentiasa ada melalui setiap kesukaran, setiap halangan, dan setiap kegembiraan. Kamu semua adalah dunia saya," ujarnya.

BERITA TRENDING: Dhabitah Sabri Pernah Cedera Di Kejohanan Akuatik Dunia, Jiggy Titip Pesanan Untuk Isteri - “Jaga Diri, Jangan Pressure & Sentiasa…”

BERITA TRENDING: “Dia Penyokong Nombor Satu Saya…” - Dhabitah Sabri

BERITA TRENDING: Berkawan Tak Sampai 2 Tahun, Jiggy Masin Sah Jadi Suami Dhabitah Sabri - “Kami Tak Ada Niat Pun Nak Sorok Cuma…”

Dhabitah juga memerlukan masa kepada dirinya sendiri dan percaya Tuhan punyai perancangan terbaik buatnya.
"Saya perlukan masa untuk 'sembuh', saya terlalu 'keras' terhadap diri sendiri, tidak menghargai diri sendiri, tidak memberi kredit kepada diri sendiri, dan tidak bersyukur menjadi diri sendiri.
"Saya selalu percaya bahawa Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk saya. Alhamdulillah.
"Saya rasa saya layak diberi penghargaan atas usaha saya untuk bangkit semula. Adakalanya diving dan Olimpik bukan lagi impian saya.
"Jadi sekarang saya berbangga untuk mengatakan bahawa saya kuat untuk bangkit semula. Remember, when life gives you a hundred reasons to cry, show life a hundred reasons to smile.
"Sekarang saya tidak sabar untuk pulang, bersama keluarga saya, dan berada dalam pelukan suami saya," tambahnya.
Untuk rekod, Olimpik Paris 2024 merupakan penampilan ketiga Dhabitah selepas Rio 2016 dan Tokyo 2020.
Tahun ini, beliau dipilih untuk mengisi satu slot tambahan diberikan oleh Akuatik Dunia kepada Persekutuan Renang Malaysia (MAS) bagi beraksi di Paris pada lewat Jun.
Katanya beliau hampir mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik semasa acara kelayakan terakhir - Kejohanan Dunia 2024 di Doha, Qatar, Februari lalu.
Terdahulu, pemenang lima pingat Sukan Asia itu hanya mampu mencatatkan keseluruhan 244.80 mata untuk menduduki tempat ke-12 selepas lima terjunan di final, manakala penerjun China Chen Yiwen membawa pulang emas dengan 376.00 mata.

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Drake Rugi Jutaan Ringgit Mike Tyson Kalah Bertarung Dengan YouTuber

gempak
17/11/2024
14:55 MYT
Kisah kekalahan legenda tinju dunia, Mike Tyson di tangan pempengaruh YouTuber yang bertukar menjadi peninju profesional, Jake Paul yang berlangsung di Stadium AT&T, Arlington, Texas, Amerika Syarikat masih menjadi buah mulut.
Sukan

Atlet Cemas Telefon Bimbit, Dompet Hilang Malam Raya Deepavali

gempak
01/11/2024
02:55 MYT
Malam raya Deepavali tahun ini pastinya diingati sepanjang hayat buat pelari jarak jauh negara, Daren James Nair.
Sukan

Thinaah Terima Ijazah Tesl, Diiktiraf Ikon Sukan OUM

gempak
26/10/2024
11:55 MYT
Thinaah Terima Ijazah Tesl, Diiktiraf Ikon Sukan OUM
Sukan

Badminton, Terjun Digugurkan Pada Sukan Komanwel 2026

gempak
22/10/2024
18:55 MYT
Badminton yang merupakan antara penyumbang pingat untuk negara di Sukan Komanwel telah digugurkan daripada temasya tersebut yang akan diadakan di Glasgow, Scotland pada 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026.
Unitar