,
Laman Utama

"Masa Itu Fikir Mati Lah...."- Saharul Ridzwan Cuak Ditinggalkan Sejam Terapung Di Tengah Laut

Syafiqah Jalal
20/01/2023
00:53 MYT
Aktor Saharul Ridzwan akui cuak apabila ditinggalkan lebih sejam di tengah Laut Andaman sementara menanti ketibaan pasukan penyelamat ketika menjayakan babak dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang
Kata Saharul ia pengalaman yang tak mungkin dilupakan malah tidak percaya dapat laluinya meskipun hanya berpaut pada pelampung dan dihempas gelombang sepanjang di tengah laut.
"Hanya Tuhan tahu perasaan saya ditinggalkan seorang diri di tengah laut itu selama sejam. Ketika itu saya fikir 'mati lah' memang cuak.
"Lebih teruk lagi ketika berdepan ketibaan helikopter penyelamat memandangkan angin akibat kipas jentera tersebut beberapa kali menenggelamkan tubuh saya ke dalam laut.
“Jadi saya boleh kata flem ini memberikan pengalaman ‘mahal’ kerana sarat aksi sebenar pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berdepan pelbagai cabaran ketika melaksanakan operasi," katanya kepada Astro Gempak.
Saharul ditemui selepas Pelancaran Lagu runut bunyi filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di TUDM, Subang pada Selasa.
Lagu tema berjudul Yes, Sir itu didendangkan oleh Zamani Ibrahim bersama penyanyi rap, Ariff Peter.
Bagaimanapun, Saharul akui dia terpaksa berperang dengn dirinya untuk melawan ketakutan terhadap laut kerana tidak pandai berenang.
“Apabila sudah lama memasang impian membintangi filem aksi, tentu saja setiap dugaan saya redah saja walau badan penuh lebam kerana hampir semua babak lasak saya lakukan sendiri di bawah pemantauan anggota profesional
"Namun saya bertuah dapat mengikuti latihan asas selama sebulan ditambah dua bulan lagi untuk persediaan tambahan yang cukup menguji mental dan fizikal walau hakikatnya apa yang saya ikuti hanya 10 peratus saja daripada keseluruhan latihan," kongsinya lagi.
Filem Coast Guard yang turut dibintangi Julia Farhana Marin dan Datuk Fizz Fairuz akan menemui penonton di pawagam tanah air mulai 2 Februari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: "Ada Yang Turun Laut Kutip Hasil Seawal 2 Pagi" - Anggap Vendor Umpama Hero, Penganjur Seafood Festival 2024 Sasar 15,000 Pengunjung!

gempak
22/06/2024
05:55 MYT
Penganjur Seafood Festival 20204 yang dibawakan khas oleh FriedChillies, Mohd Adly Rizal menyifatkan 15 vendor yang menyertai acara selama dua hari bermula hari ini di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, sebagai selebriti kepada penggemar hidangan berasaskan hasil laut.
Hiburan

“Dengan Pengorbanan Akan Datangkan Kemanisan” - Saharul Ridzwan

gempak
21/05/2024
13:55 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi momen terakhir dia membersihkan rumahnya di Cyberjaya yang bakal menjadi milik orang lain tidak lama lagi.
Laman Utama

Hidupan Laut Atlantis Ilham Arunsayfull, Pertama Kali Perkenal Koleksi Lelaki Di KLFW2023!

gempak
29/08/2023
14:11 MYT
Matamorphaseas nama koleksi KLFW2023 Arunsayfull.
Laman Utama

"150 Take, Esoknya Sakit Badan" - Bawa Watak Penjenayah, Hazama Berguru Dengan Adlin, Sabri Yunus!

gempak
18/02/2023
07:35 MYT
Hazama keluar dari zon selesa