,
Laman Utama

Mas Khan Mohon Orang Ramai Hentikan Spekulasi Punca Kematian Syazlin; “Saya Tahu Sebabnya, But Please…”

Shahrin Zulkifle
12/11/2022
08:00 MYT
Pelakon Mas Khan antara selebriti yang hadir untuk memberikan penghormatan terkahir kepada jenazah pelakon Allahyarhamah Syazlin Zainal yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat pada Jumaat malam.
Menerusi muat naik di IG Stories, Mas Khan sempat berkongsi sekeping gambar sewaktu berada di tanah perkuburan beserta ucapan ringkas yang dikirimkan untuk Allahyarhamah.
“Ramainya orang yang hantar Alin (panggilan Syazlin), jealous Mas tengok. Mas belum tentu dapat macam Alin, ramai orang sayang Alin. Rehatlah ok.
“Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin,” kongsi Mas Khan.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran lain pada entri sama, aktor berusia 28 tahun itu turut menegaskan orang ramai agar tidak membuat spekulasi sendiri mengenai punca kematian Allahyarhamah Syazlin.
“Kenyataan polis sudah dikeluarkan di Facebook, media pun dah kemaskini laporan di media sosial. Nak tahu jawapan baca sahaja kenyataan polis tersebut.
“Saya harap jangan buat sebarang spekulasi tentang kenyataan berkenaan. Jangan sebarkan fitnah atas berita yang kita tak tahu kebenarannya. Saya tahu sebabnya.
“Doa baik-baik sahaja untuk arwah. But please, ambil berat pasal orang disekeliling korang, support itu sangat penting,” ujarnya.
Terdahulu, polis melaporkan Allahyarhamah meninggal disebabkan terjatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri berkenaan kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
BACA: Pelakon Ditemui Mati Jatuh Dari Tingkat 22 Pangsapuri BACA: Pelakon Drama Sitik Tok, Syazlin Zainal Meninggal Dunia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

gempak
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.