HIBURAN
Martabat Misi Berdarah: Pertama Kali Jadi Pengarah Filem, Zahiril Adzim Saja Cari ‘Masalah’ - “Saya Tahu Benda Ini Akan…”
Pertama kali mengarahkan filem, pelakon Zahiril Adzim mengakui dia sememangnya sengaja mahu menimbulkan masalah dalam kalangan aktor dan kru produksi.
Tukar nama
Kata pelakon berusia 41 tahun itu, dia meminta semua pelakon untuk menulis nama mereka sendiri dan meletakkan dalam satu balang.
ARTIKEL BERKAITAN: Martabat Misi Berdarah: Adrian Teh, Zahiril Adzim Hargai Kru Belakang Tabir - “Tanpa Mereka, Filem Tak Akan Jadi”
ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril Adzim Anggap Watak Falah Antara Terbaik Dalam Karier Lakonan - "Ada Yang Sanggup Cari Rumah..."
ARTIKEL BERKAITAN: Seharian Makan Sardin, Zahiril Adzim Kongsi Pengalaman Kerja Dengan Produksi Bermasalah - “Saya Mula Rasa Pelik Apabila…”
Kemudian, setiap orang perlu memilih secara rawak dan apa yang dipilih itu akan menjadi nama watak mereka dalam filem itu.
“Cabaran pertama ialah memanggil nama. Masa sesi baca skrip, saya bagi satu idea dekat produksi… saya nak cari masalah. Ini kali pertama buat filem, saya nak ada satu masalah.
“Produksi tanya saya nak masalah apa, saya cakap kita kumpul semua pelakon dan mereka kena tulis nama masing-masing, perempuan dan lelaki asing.
“Kemudian setiap orang pilih nama yang dikumpulkan secara random. Nama yang mereka pilih, itu la nama watak mereka. Saya tahu benda ini akan jadi masalah dari awal,” katanya kepada Gempak.
Zahiril ditemui ketika malam gala filem Martabat Misi Berdarah yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.
RM1 sebagai denda
Apa yang menarik lagi, sesiapa yang salah memanggil nama watak di set penggambaran perlu membayar RM1 sebagai denda.
“Untuk menjadikan ia lebih menarik, sesiapa yang salah panggil nama dekat set sebagai contoh panggil Shiqin masuk set, tapi Shiqin yang sebenar masuk.
“Jadi, sesiapa yang salah kena denda RM1 dekat set. Paling banyak kena denda, Michael Ang sebab dia main langgar saja.
“Benda ini satu cabaran tapi ia menyeronokkan juga. Akhir sekali, duit itu semua kita buat jadi lucky draw dekat set,” ujarnya.
Martabat Misi Berdarah merupakan filem pertama arahan Zahiril bersama pengarah terkenal, Adrian Teh yang turut dibarisi pelakon seperti Fad Bocey, Nafiez Zaidi, Shiqin Kamal dan Elvina Chua.
Filem terbitan ACT 2 Pictures dan diedarkan oleh GSC movies serta Astro Shaw itu juga dibintangi oleh Michael Ang, Emma Maembong, Iedil Putra, Nelissa Nizam, Tony Eusoff dan ramai lagi.
Filem ini dijadualkan di pawagam bermula 12 Jun ini.
Must-Watch Video