,
Laman Utama

Marlia Musa ‘Pecah Lubang’…Sherry Alhadad Pernah Menangis Kerana Cinta Musnah Angkara Orang Ketiga!

Fiza Kamarudin
19/11/2020
01:00 MYT
Hantaran Datin Marlia Musa di laman sosial Instagram (IG) beliau pada Selasa lalu, mengundang sebak warganet terutama peminat kepada selebriti versatil, Sherry Alhadad.
Isteri kepada komposer, penyanyi dan pelakon popular Datuk M.Nasir itu, memuat naik hantaran untuk menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada Sherry.
Pada hantaran tersebut Marlia yang juga pensyarah Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut mengimbau detik pertemuannya dengan Sherry.
Kata Marlia, Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Alhadad seorang individu yang berkeyakinan tinggi sejak awal lagi.
“Mengenali Sharifah Mariam dari beliau berusia 19 tahun. Saya dan Che Kem yang audition beliau.. Berbaju kurung dia pagi tu..
“Yakin menjawab setiap soalan kami..Saya bagitahu dia; “di dalam kelas saya, awak kena berguling dari corner ke corner, boleh ke?”
“Dengan suara yang terang dan tegas dia jawab; “nak buat sekarang ke?”
“Keyakinan beliau itulah yang terus menjadi semangatnya untuk menjadikan bidang seni ini sebagai sumber mata pencarian beliau,” katanya.
Bagaimanapun pada hantaran tersebut, Marlia telah mendedahkan Sherry pernah melarikan diri daripada beliau.
“Beberapa tahun kemudian, pada satu hari saya perasan yang dia cuba melarikan diri dari saya..Bila saya cari ada saja alasannya.
“Rupanya ketika itu dia sedang dirundung duka. Cinta remajanya musnah…Saya confront dia, menangislah kami teresak-esak.
“Hari ni doa saya pada Sharifah Mariam @sherry_alhadad, semoga beliau terus berkerja keras demi mencapai cita-cita dan membahagiakan ibunya yang tercinta.
“Semoga cinta yang musnah angkara orang ketiga dulu akan Allah gantikan dengan seorg lelaki yang beriman, yang menghormati serta menyayangi beliau dan ibunya. Selamat ulangtahun,” tulis Marlia.
Sherry turut membuat hantaran semula di IGnya dan rata-rata yang meninggalkan komen meluahkan rasa sebak selepas membaca ucapan daripada Marlia.
Mereka turut mendoakan Sherry bertemu jodoh dengan lelaki yang benar-benar menyanyangi dirinya dan sentiasa sukses dalam kehidupan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.