,
Hiburan

Mariah Carey Akan Menyanyikan Lagu ‘Ken Lee’ Di Konsertnya, Siapa Tahu Lagu Ken Lee?

Azwa Rahman
27/05/2019
08:04 MYT
Penyanyi berstatus diva, Mariah Carey akan memasukkan lagunya yang bertajuk ‘Ken Lee’ dalam setlist konsertnya, Caution World Tour.
Berkongsi setlist itu di Twitternya, @mariahcarey semalam, 23 lagu akan dipersembahkan termasuklah satu lagu encore, ‘Ken Lee’. “I’m looking at the Caution Tour Spring 2019 setlist and we have a new addition to it. It is, an encore and it’s called Ken Lee”, katanya menerusi video berdurasi 13 saat itu.
‘Kee Lee’ yang dimaksudkan adalah lagu hitnya pada tahun 1993, Without You. ‘Ken Lee’ diambil daripada liriknya ‘can’t live’ yang diulang beberapa kali.
Lagu ‘Ken Lee’ pernah menjadi tular beberapa tahun lalu apabila seorang peserta pencarian bakat Music Idol di Bulgaria membawakan lagu Without You.
Dengan lirik yang dinyanyikan sehingga membuatkan juri semua tercengang, peserta itu dengan yakinnya menjerit ‘Ken Lee’ setibanya masuk korus lagu.
Konsert Caution Tour Mariah Carey telah bermula pada 27 Februari lalu dan bakal berakhir pada 11 Julai ini.
Destinasi konsert seterusnya meliputi benua Eropah dimana Mariah akan mengadakan konsertnya di Paris, Barcelona, Hamburg dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.